suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terlalu minat Kpop, anak Angelina Jolie sambung belajar di Korea Selatan

Angelina Jolie sokong keputusan anaknya yang mahu melanjutkan pengajian di Korea Selatan.

ANAK kepada pelakon Angelina Jolie dan Brad Pitt iaitu Maddox Jolie-Pitt, 18, dikhabarkan akan menyambung pengajian di Universiti Yonsei, Seoul, Korea Selatan.

Menurut laporan E! News, Maddox akan memulakan pengajian dalam bidang biokimia dan menetap di Seoul pada Ogos ini.

Sumber memberitahu, Maddox menerima pelbagai tawaran universiti, namun dia sendiri memilih Yonsei dan mempersiapkan diri dengan mengikuti kelas bahasa Korea.

"Dia menerima tawaran universiti lain tapi dia tetap mahukan Yonsei. Dia juga hadiri kelas bahasa Korea beberapa kali dalam seminggu.

"Angelina akan menghantar anaknya itu ke kampus pada bulan ini dan berbangga dengan pencapaian Maddox," kata sumber.

Sementara itu AllKpop pula melaporkan, Maddox mempelajari bahasa Korea kerana tertarik dengan budaya negara itu dan Kpop.

SUMBER: E! News

Angelina Jolie, Brad Pitt

Artikel Lain