suria

Gigi Hadid dah lupakan Zayn Malik, mula 'dating' dengan model kacak

Model tampan ini dikatakan kekasih baharu Gigi Hadid. Foto E!News

MODEL terkenal, Gigi Hadid dikhabarkan sudah menemui pengganti baharu setelah hubungan cintanya dengan penyanyi Zayn Malik berakhir Januari lalu.

Menurut laporan E! News, Gigi dikatakan meluangkan waktu bersama model tampan yang juga finalis program The Bachelorette iaitu Tyler Cameron.

Sumber memberitahu, pasangan ini dan beberapa teman rapat menghabiskan masa bermain bowling di New York.

Sebelum itu, timbul khabar angin Tyler turut kelihatan di apartment milik Gigi pada Ahad lalu.

"Mereka berjumpa dan makan malam di salah satu soho, keduanya nampak sangat akrab.

"Mereka ketawa, berbual-bual dan nampak seperti sudah biasa. Masing-masing nampak tertarik antara satu sama lain," kata sumber.

Sumber turut memaklumkan pasangan ini berkenalan menerusi laman Instagram.

Memandangkan mereka berkecimpung dalam dunia peragaan membuatkan proses perkenalan mereka lebih mudah.

SUMBER: E! News

Gigi Hadid, Tyler Cameron

Artikel Lain