suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kylie Jenner dikatakan bakal berkahwin dengan Travis Scott dalam masa terdekat

Kylie beri gambaran bakal berkahwin dengan pasangannya.

BINTANG sensasi Kylie Jenner seakan memberi gambaran bakal berkahwin dengan pasangannya yang juga penyanyi rap Travis Scott dalam masa terdekat.

Menurut laporan Hollywoodlife.com, spekulasi mula timbul apabila foto Kyle memakai gaun putih ketika berada di atas sebuah kapal layar mewah Equanimity bagi sambutan hari jadinya yang ke-22 tahun pada baru-baru ini menjadi tular.

Sumber terdekat memberitahu hubungan Kyle dan Travis dilihat semakin rapat dan lebih kuat ikatannya berbanding sebelum ini.

"Hubungan Kyle dan Travis dilihat semakin rapat dan sejujurnya hubungan itu juga menjadi lebih kuat berbanding sebelum ini.

Keluarga sokong sekiranya Kyle ingin menambah cahaya mata.

"Rakan-rakan dan keluarga menjangkakan mereka bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. Malah keluarga Kyle juga sokong sekiranya dia mahu mempunyai zuriat lagi," kata sumber.

Kyle sebelum ini dilaporkan telah menyewa sebuah kapal layar mewah yang dianggarkan bernilai RM1 bilion untuk sambutan ulang tahun kelahirannya bersama keluarga serta 20 tetamu jemputan.

Kylie Jenner, Travis Scott

Artikel Lain