suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sunye gembira sambut kelahiran bayi perempuan ketiga

Sunye lahirkan bayi perempuan pada Khamis lalu.

PELAKON dan penyanyi Sunye dan suaminya gembira menyambut kelahiran bayi perempuan mereka dengan berat 3.8 kilogram Rabu lalu.

Menurut laporan Soompi, agensi pengurusannya Polaris Entertainment memberitahu bayi ketiga pasangan itu diberi nama Park Ha Jin.

"Sunye kini ibu kepada tiga orang anak. Pada 4.50 petang (waktu lokal), 30 Januari, Sunye selamat melahirkan bayi perempuan.

"Sunye dalam keadaan baik dan bayinya juga sihat dengan berat 3.8 kilogram. Pasangan itu memilih nama untuk bayi mereka iaitu Park Yoo Jin," katanya.

Sunye berkahwin dengan suaminya pada 2013 dan berpindah ke Kanada untuk membesarkan dua orang perempuan iaitu Park Eun Yoo dan Park Ha Jin.

Sunye

Artikel Sebelum

Artikel Lain