suria

Senarai pemenang Anugerah Grammy 2019 bocor, pihak penganjur dakwa ia palsu

Lady Gaga dan Taylor Swift antara penyanyi yang bertanding di Anugerah Grammy pada tahun ini.

PADA Isnin lalu, peminat industri muzik di Amerika Syarikat kecoh apabila sebuah akaun Twitter mendedahkan senarai pemenang Anugerah Grammy 2019 yang bakal berlangsung pada 10 Februari depan.

E! Online melaporkan akaun itu mendedahkan penyanyi rap sensasi, Cardi B menang kategori Rekod Terbaik menerusi lagu I Like It manakala lagu Shallow nyanyian Lady Gaga menerima trofi Lagu Terbaik.

Akaun itu turut mendedahkan album Reputation milik Taylor Swift merangkul anugerah Album Pop Terbaik.

Bagaimanapun pihak Akademi Rakaman menyangkal semua senarai pemenang yang didedahkan dan mendedahkan ia palsu.

Jurucakap pihak Akademi Rakaman memberitahu, keputusan pemenang yang dibuat tidak akan dikongsi dengan mana-mana pihak sehingga hari anugerah berlangsung.

Edisi Anugerah Grammy kali ini bakal dihoskan oleh penyanyi R&B, Alicia Keys selain beberapa nama besar akan membuat persembahan seperti Miley Cyrus, Red Hot Chili Peppers, Post Malone, Shawn Mendes dan Cardi B.

Ia akan berlangsung di Staples Center, Los Angeles, Amerika Syarikat.

Anugerah Grammy, Alicia Keys

Artikel Lain