suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Britney Spears kembali berlakon

Britney Spears bakal membuat kemunculan dalam filem komedi seram berjudul Corporate Animals.

PENYANYI Britney Spears dilaporkan bakal kembali ke layar perak menerusi sebuah filem seram komedi tidak lama lagi.

Billboard bagaimanapun melaporkan Britney, 37, tidak akan muncul sebagai bintang utama filem berjudul Corporate Animals itu sebaliknya sekadar bintang undangan.

Perkara itu didedahkan oleh pengarahnya, Patrick Brice di Festival Filem Sundance 2019 dan berita itu membuatkan peminat teruja termasuk pelakon utamanya, Jessica Williams.

Penyanyi lagu Toxic itu kali terakhir berlakon menerusi filem Crossroads pada 2002 bersama Zoe Saldana.

Britney Spears

Artikel Sebelum

Artikel Lain