suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengunjung kelab Burning Sun dipukul, Seungri letak jawatan

Seungri akhirnya memilih untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah.

PENYANYI Seungri akhirnya 'membuka mulut' selepas beberapa hari mendiamkan diri daripada isu pengunjung yang dipukul di luar kelab Burning Sun miliknya baru-baru ini.

Menurut laporan Allkpop, salah seorang pekerja kelab itu memberitahu Seungri telah meletak jawatan sebagai pengarah syarikat sebaik sahaja menerima berita tersebut.

"Seungri dapat tahu mengenai kontroversi yang berlaku di kelab tersebut dan dia terus meletakkan jawatan sebagai pengarah.

"Ketika itu, dia berada di Filipina untuk konsertnya dan perlu pulang ke Korea. Sebaik sahaja dia tiba, dia terus mengadakan sidang media menjelaskan situasi sebenar," katanya.

Kejadian yang berlaku pada Isnin lalu itu kini masih bawah siasatan polis dan sudah menjadi kes melibatkan keganasan serta dadah.

Seungri

Artikel Lain