suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Demi Lovato lari dari pusat pemulihan dadah?

Demi Lovato sebelum ini ditemui tidak sedarkan diri akibat pengambilan dadah berlebihan.

SELEPAS hanya seminggu mendaftarkan diri di sebuah pusat pemulihan dadah, penyanyi Demi Lovato dilaporkan meninggalkan tempat itu.

E! News bagaimanapun melaporkan Demi, 25, hanya keluar daripada pusat itu buat sementara bagi mendapatkan rawatan daripada pakar psikiatri di Chicago.

Menurut sumber, Demi ke Chicago bagi mendapatkan rawatan untuk penyakit mental selain mendapatkan pertolongan untuk pemulihan dadah.

Pemergiaan Demi ke sana juga adalah atas arahan doktor yang ingin membantunya pulih dengan segera daripada ketagihan dihadapinya.

Dua minggu lalu, Demi ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya akibat pengambilan dadah berlebihan namun tindakan pantas rakannya telah menyelamatkan nyawanya.

Demi Lovato

Artikel Lain