suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wajah kacak koreografer EXO dapat perhatian peminat

Koreografer EXO dikenali sebagai kasper menjadi buruan peminat kerana wajah kacaknya.

KOREOGRAFER kumpulan EXO yang dikenali sebagai Kasper menjadi perhatian gara-gara mempunyai wajah yang kacak.

Malah rata-rata peminat kumpulan itu mencadangkan agar Kasper diserap masuk sebagai anggota EXO kerana merasakan lelaki itu mempunyai karisma yang mampu menarik perhatian.

"Dia bukan sahaja kacak tetapi pandai menari! Apa kata Kasper masuk sahaja kumpulan EXO pasti peminat akan bertambah," kata netizen.

Pemilik nama sebenar Kim Tae Woo itu sudah lama bekerjasama dengan EXO selain beberapa artis lain dibawah naungan syarikat pengurusan SM Entertainment.

Antara lagu EXO yang mendapat sentuhannya sebagai pereka tari adalah Call Me Baby, Ko Ko Bop, What U Need.

Instagramnya juga mempunyai sejuta pengikut.

EXO, Kasper

Artikel Lain