suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chan (A.C.E.) terlibat dalam kemalangan jalan raya

Chan (A.C.E.) terlibat dalam kemalangan jalan raya namun tidak mengalami kecederaan serius.

ANGGOTA kumpulan A.C.E, Chan terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Isnin lalu.

Soompi melaporkan kereta yang dinaiki Chan tiba-tiba hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan sebelum terbabas.

Syarikat pengurusannya, Beat Interactive dalam kenyataan memberitahu ketika kejadian Chan duduk di kerusi penumpang bahagian depan kereta dan mengalami kecederaan pada lutut dan dahinya.

"Chan duduk bersebelahan dengan pemandu dan ketika kejadian kereta dinaiki mereka tiba-tiba hilang kawalan.

"Mujur tiada insiden tidak diingini berlaku dan Chan hanya mengalami kecederaan ringan pada lutut dan dahinya sahaja.

"Dia sudah pun dibenarkan keluar hospital selepas mendapat rawatan pada hari kejadian," ujarnya wakil syarikat itu.

Chan, A.C.E.

Artikel Lain