suria

Peminat tak restu Sunye (Wonder Girls') kembali aktif

Bekas anggota kumpulan Wonder Girls' iaitu Sunye akan membuat kemunculan semula selepas lima tahun menyepi.

BERITA kemunculan semula bekas anggota Wonder Girls' iaitu Sunye dalam industri hiburan nampaknya mendapat tentangan daripada peminat kumpulan itu.

Rata-rata peminat masih menyimpan dendam terhadap Sunye yang mendakwa dia menjadi punca kepada perpecahan dan masalah dalam Wonder Girls' selepas dia bertindak meninggalkan kumpulan itu pada 2014.

Malah ramai menyifatkan keputusannya untuk kembali aktif semata-mata bermotifkan wang.

Koreaboo melaporkan Sunye baharu sahaja menandatangani kontrak bersama syarikat pengurusan Polaris Entertainment.

Wonder Girls pernah mengecap populariti menerusi lagu Nobody.

Sebelum ini, nama Sunye menjadi perhatian apabila bertindak meninggalkan kumpulan itu kerana ingin berkahwin dan menetap di Kanada bersama suaminya.

Malah ketika itu, Sunye berkata, dia ingin memberi fokus kepada kerja amal dan ingin berehat daripada bidang seni.

Sejak itu, Wonder Girls mengalami pelbagai masalah dan kontroversi sehingga mereka mengumumkan pembubaran kumpulan itu tahun lalu.

Sunye, Wonder Girls

Artikel Lain