suria

Nafi tuduhan bekas isteri, Brad Pitt bayar nafkah lebih daripada sepatutnya

'Perang' antara Angelina dan Brad seakan tiada pengakhiran.

PELAKON Brad Pitt menafikan dakwaan bekas isterinya, Angelina Jolie yang mengatakan dia tidak membayar nafkah kepada anak-anak mereka selama hampir dua tahun.

Menurut laporan TMZ, Brad sudah memberi nafkah tersebut kepada Angelina lebih daripada yang sepatutnya.

"Brad sudah bosan dengan drama bercerai sebab setiap hari ada sahaja benda yang tidak elok berlaku dan tidak akan berakhir.

"Dia juga dah tak berminat untuk bermain dalam permainan bekas isterinya itu. Dia dah bersetuju dengan penjanjian sebelum ini.

Disaat kebahagian Angelina dan Brad bersama anak-anak.

"Malah, Brad sudah membayar nafkah anak-anak lebih daripada yang sepatutnya," kata sumber terdekat.

Sebelum ini, Angelina turut dikatakan melarang bekas suaminya itu berjumpa anak-anak mereka.

Angelina dan Brad Pitt berpisah pada 2016 dan mereka mempunyai tiga cahaya mata iaitu Shiloh, 11 dan pasangan kembar, Knox dan Vivienne, 9 tahun.

Pasangan itu juga mempunyai tiga anak angkat, Pitt-Maddox, 16, Pax, 14 dan Zahara, 13 tahun.

Brad Pitt, Angelina Jolie

Artikel Lain