suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Donald Hanna Dilantik Ketua Pakar Ekonomi Kumpulan CIMB

KUALA LUMPUR: CIMB Group melantik Dr Donald Hanna sebagai Ketua Pakar Ekonomi Kumpulan berkuat kuasa 1 Nov, 2017.

Dalam kenyataan pada Selasa, CIMB Group berkata Hanna terkenal dengan kepakarannya dalam makroekonomi dunia dan ASEAN serta pembangunan dasar.

Semasa krisis kewangan Asia, beliau memberi khidmat nasihat kepada pembuat dasar dan korporat di beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia.

Hanna, yang berpangkalan di CIMB Hong Kong, antara lain, ialah pemegang biasiswa Fulbright dan memiliki ijazah Doktor Falsafah dalam Ekonomi dari Harvard.

Beliau juga merupakan anggota Lembaga Penasihat Pusat Analisis Makroekonomi Gunaan di Australian University dan anggota Kumpulan Penasihat Antarabangsa bagi Bank Pembangunan Asia, menurut kenyataan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Atlas Copco Lancar Akademi Latihan

Artikel Lain