suria

Pelabur: ShopBack Kumpul AS$25 Juta

KUALA LUMPUR: ShopBack, platform e-dagang pulangan tunai, mengumpul AS$25 juta dalam pusingan pembiayaan terbarunya bersama penyertaan lebih 10 pelabur institusi, menjadikan jumlah dana syarikat itu kini meningkat hampir AS$40 juta.

Dalam satu kenyataan, Pengurus Besar Negara ShopBack Malaysia, Alvin Gill berkata pembiayaan pusingan terbaru ini membawa kepada permulaan perayaan membeli-belah akhir tahun - Alibaba's 11.11 Singles' Day.

"Pendekatan pemasaran kami berjaya meningkatkan tahap kesedaran ke atas Taobao, Tmall, dan AliExpress di Malaysia, yang menyumbang kenaikan 400 peratus pesanan pada 11.11 Singles' Day pada 2016 berbanding 2015.

"Kami berharap dapat meningkatkan prestasi tahun ini menerusi kempen yang berkesan termasuk ganjaran tunai sehingga 50 peratus dan rebat khas untuk pengguna kami," katanya.

Pada Selasa, ShopBack mengupaya hampir 1,000 pesanan sejam, dengan jualan tahunan melebihi US$300 juta bagi lebih daripada 1,300 peniaga rakan kongsi merentas peniagaan peruncitan, perjalanan dan gaya hidup secara dalam talian.

Lebih 3.5 juta pengguna di enam negara di Asia Pasifik telah mendaftar dengan ShopBack sejak ditubuhkan pada 2014. -- Bernama

Shopback

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain