suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AirAsia Dapat Emas Pada Anugerah Jenama Putra

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik di dunia, telah menerima pengiktirafan emas di bawah kategori Pengangkutan, Perjalanan dan Pelancongan untuk selama lapan tahun berturut-turut melalui Anugerah Jenama Putra 2017, menandakan kehadirannya yang terus membuat penerajuan dalam industri.

Ketua Pegawai Eksekutif, Aireen Omar dalam satu kenyataan, berkata pencapaian ini memperlihatkan manifestasi sepenuhnya komitmen syarikat penerbangan itu untuk terus cemerlang dalam perkhidmatan serta sebagai ransangan bagi meraih prestasi yang lebih baik.

Anugerah Jenama Putra yang dianjurkan oleh Persatuan Agen-agen Pengiklanan Bertauliah Malaysia, menjadi salah satu daripada pengiktirafan tertinggi bagi kecemerlangan sesuatu jenama di negara ini.

Menggunakan kaedah penyelidikan pengguna yang mendalam yang diperkenalkan oleh rakan kongsinya, Effective Measure, para pengguna akan menentukan jenama kegemaran Malaysia dalam pelbagai kategori, dengan setiap kategori mempunyai pemenang Emas, Perak dan Gangsa, bergantung kepada populariti jenama tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain