suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BMW Malaysia Perkenal Program 'Full Circle' Bagi Pembiayaan Kenderaan

KUALA LUMPUR: BMW Group Malaysia memperkenalkan program 'Full Circle', tawaran pembiayaan baharu dan eksklusif oleh BMW Credit Malaysia untuk pelanggan Program Korporat BMW sedia adanya.

Program pembiayaan itu menawarkan fleksibiliti dengan pelbagai pilihan pembayaran bagi pembelian model BMW X1 sDrive20i dan All-New BMW 530i M sport, menurut syarikat dalam satu kenyataan Khamis.

Program pembiayaan baharu yang disesuaikan mengikut bajet pemilik dan disertai dengan pelan pilihan lain itu menyediakan bayaran ansuran bulanan yang mampu milik dan tempoh pinjaman lebih singkat.

Program baharu BMW Full Circle itu bermula dari RM2,258 sebulan bagi BMW X1 sDrive20i dan dari RM3,588 sebulan bagi BMW 530i M Sport.-- Bernama

BMW

Artikel Sebelum

Artikel Lain