suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TM Bantu PKS Kembangkan Perniagaan Secara Digital

KOTA BHARU: Telekom Malaysia Berhad (TM) kini membantu pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mengembangkan perniagaan melalui cara digital.

Naib Presiden Eksekutif, Pengguna dan PKS TM, Imri Mokhtar berkata TM akan membantu pengusaha PKS termasuk untuk mereka meningkatkan pemasaran, jualan dan menambah produktiviti.

"TM menawarkan inovasi dan penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terbaharu kepada PKS dan sedia dimanfaatkan bagi pertumbuhan perniagaan mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program SME BizFest 2017 di sini, Selasa.

Imri berkata pasaran untuk produk dan perkhidmatan PKS cukup luas, bukan sahaja di Malaysia, malah di rantau Asean.

Namun begitu, TM menyedari pengusaha PKS menghadapi banyak cabaran termasuk untuk meningkatkan jualan, memperbaiki produktiviti dan mengekalkan pelanggan.

"Oleh itu pada tahun ini kami telah memilih rakan sokongan dan rakan acara yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing bagi membantu syarikat PKS terbabit," katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar TM Kelantan Azman Yusof berkata tahap penembusan perkhidmatan jalur lebar di negeri ini sudah mencapai 50 peratus setakat ini.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 20 peratus disumbangkan oleh TM manakala selebihnya oleh syarikat telekomunikasi lain.

Katanya perkhidmatan jalur lebar itu akan terus dipertingkan dalam usaha memastikan pengguna dapat melayari internet pada tahap terbaik.-- Bernama



TM, PKS

Artikel Lain