UOB Unjur Peruntukan RM47 Bilion Perbelanjaan Pembangunan

KUALA LUMPUR: United Overseas Bank (M) Bhd (UOB) mengunjurkan peruntukan tinggi sedikit untuk perbelanjaan pembangunan sebanyak RM47 bilion dalam Bajet 2017 Malaysia berbanding RM46 bilion pada 2016.

Pakar Ekonominya, Julia Goh berkata, perbelanjaan pembangunan akan ditumpukan kepada pengangkutan, logistik, pendidikan, kesihatan, perumahan, pertahanan dan keselamatan negara, pertanian dan pembangunan luar bandar.

"Kami tidak menjangka projek pembinaan mega baharu dalam bajet akan datang.

"Kerajaan akan terus melaksanakan projek pembinaan dan pengangkutan, termasuk Transit Aliran Massa Dua dan Tiga, Transit Aliran Ringan Tiga, Bas Rapid Transit, lebuh raya dan lapangan terbang," katanya dalam pratonton Bajet 2017 oleh UOB.

Kerajaan membelanjakan lebih RM30 bilion ke atas infrastruktur kereta api sejak empat hingga lima tahun lepas dan dijangka membelanjakan RM40 bilion lagi bagi meningkatkan kesinambungan, katanya.

Bajet 2017, bertema 'Mempercepat Pertumbuhan, Memastikan Kebijaksanaan Fiskal, Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat' akan dibentangkan di Parlimen pada 21 Oktober.

Goh berkata, berikutan pendapatan kerajaan yang ketat disebabkan harga minyak yang rendah serta pertumbuhan lebih perlahan, bank itu percaya pelan pengembangan perlu dilakukan dengan disiplin fiskal bagi mengelak risiko prospek negara atau penurunan penarafan.

"Kami berpendapat perbelanjaan lebih tinggi kerajaan akan ditumpu kepada bidang pertumbuhan seperti pengangkutan, logistik, ekonomi digital, eksport nilai tambah, pelancongan, pemberian tunai BR1M yang lebih tinggi, pelepasan cukai untuk golongan berpendapatan sederhana, hartanah dan perumahan mampu milik," katanya.

Sementara itu, mengenai langkah untuk sektor hartanah, Goh berkata, bank itu menjangka bajet akan datang akan terus memberi tumpuan menangani pelbagai isu mengenai perumahan mampu milik.

"Ini termasuk memudahkan transaksi pinjaman antara pembeli kali pertama dan bank, di mana mereka yang baru memasuki pasaran kerja boleh mendapat pinjaman penuh bagi pembelian rumah di bawah RM300,000.

"Kemungkinan lain ialah melanjutkan pengecualian 50 peratus duti setem ke atas perjanjian pindah milik dan pinjaman bagi hartanah di bawah RM500,000," katanya. - BERNAMA

UOB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain