Brazil Mahu Manfaat Status Halal Malaysia

KUALA LUMPUR: Brazil berhasrat memanfaatkan kedudukan Malaysia sebagai hab halal untuk menembusi pasaran ASEAN, khususnya bagi produk ternakan dan dagingnya.

Menteri Pertanian, Penternakan dan Bekalan Makanan Brazil, Blairo Maggi berkata ini penting berikutan kedudukan negara itu sebagai antara pengeluar terbesar hasil sayur-sayuran, jagung, kacang soya, ternakan dan daging di Amerika Selatan yang sewajarnya .

"Produk-produk in dapat dieksport ke Malaysia untuk tujuan pemprosesan dan pembungkusan sebelum dipasarkan ke negara-negara ASEAN," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Forum Perniagaan Malaysia-Brazil bertemakan 'Gambaran Mengenai Perniagaan Pertanian Brazil' di sini, Selasa.

Forum sehari itu dianjurkan oleh Dewan Perdagangan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) dalam usaha merapatkan masyarakat perniagaan kedua-dua negara.

Maggi turut menyuarakan keyakinan mengenai prospek Malaysia dan Brazil mencari peluang bekerjasama untuk mempertingkat jumlah dagangan serta mempelbagaikan hubungan perniagaan sedia ada.

Pada 2015, perdagangan antara kedua-dua negara itu berjumlah RM9.8 bilion berbanding RM9.0 bilion sebelum ini.

Malaysia mengimport sisa logam serta produk pertanian dan petroleum dari Brazil manakala eksport ke negara itu pula merangkumi produk elektrik dan elektronik, getah dan jentera.

Pada masa sama, Maggi turut mempelawa para pelabur Malaysia untuk menceburi sektor lain di Brazil seperti infrastruktur dan logistik.

Sementara itu, Setiausaha Agung NCCIM, Syed Hussein Al Habshee berkata Malaysia berdepan masalah kekurangan ternakan dan daging.

Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan untuk menilai semula dasar import melibatkan daging serta ternakan bagi memastikan persaingan harga yang akan berkurangan apabila penawaran produk itu tinggi di negara ini. - BERNAMA

Halal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain