Ekonomi Malaysia Catat Pertumbuhan 5.8 Peratus Pada Suku Keempat 2014 - Niaga | mStar

Ekonomi Malaysia Catat Pertumbuhan 5.8 Peratus Pada Suku Keempat 2014

Zeti Akhtar

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan lebih tinggi sebanyak 5.8 peratus pada suku keempat 2014, berbanding 5.6 peratus dicatatkan pada suku ketiga tahun tersebut, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, pertumbuhan lebih kukuh pada suku tersebut dipacu terutamanya oleh perbelanjaan sektor swasta yang lebih kukuh berikutan peningkatan aktiviti sektor swasta.

"Dari segi penawaran, pertumbuhan pada suku keempat disokong oleh semua sektor ekonomi utama," katanya, ketika mengumumkan keputusan pertumbuhan ekonomi suku keempat di sini, Khamis.

Pelaburan swasta meningkat pada kadar lebih cepat sebanyak 11.2 peratus berbanding 6.8 peratus pada suku sebelumnya, disokong keadaan pasaran pekerja yang stabil dan pertumbuhan upah yang berterusan.

Sektor perkhidmatan berkembang 6.4 peratus dengan pengembangan dalam kesemua subsektornya.

Sektor pembuatan mencatatkan pertumbuhan yang mampan sebanyak 5.2 peratus disokong oleh prestasi lebih kukuh dalam pengeksportan kluster elektrik dan elektronik.

Penggunaan swasta berkembang pada kadar lebih kukuh sebanyak 7.8 peratus, didorong keadaan pasaran pekerja yang stabil dengan guna tenaga yang mampan dan kadar pengangguran yang rendah.

Malaysia mencatatkan kadar pengangguran yang rendah sebanyak 2.8 peratus, manakala inflasi sederhana kepada 2.8 peratus pada suku kempat 2014.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun penuh meningkat sebanyak 6.0 peratus dengan 4.7 peratus pada 2013.

"Melangkah ke hadapan, harga minyak rendah dijangka meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah kira-kira sebanyak RM7.5 bilion pada 2015," kata Zeti.

Inflasi sederhana kepada 2.8 peratus pada suku keempat 2014.

Zeti berkata, inflasi dijangka lebih rendah pada 2015, dengan jangkaan harga minyak rendah dan penyediaan sokongan berterusan bagi aktiviti penggunaan swasta.

Bagaimanapun, harga minyak lebih rendah dijangka mempengaruhi aktiviti pelaburan dalam sektor minyak dan gas.

Malaysia mencatatkan pelaburan langsung asing (FDI) bersih sebanyak RM10.2 bilion berbanding RM7.7 bilion pada suku ketiga 2014 dan bagi tahun penuh 2014, ia berjumlah RM35.1 bilion.

"Aliran masuk langsung asing disalurkan terutamanya kepada subsektor pembuatan, perkhidmatan, perlombongan dan kewangan, borong dan runcit," kata Zeti.

Lebihan dagangan lebih tinggi pada RM21.5 bilion pada suku keempat 2014 berbanding RM16.8 bilion pada suku ketiga.

"Bagi 2015, akaun semasa dijangka terus mencatat lebihan tetapi mengecil.

Walaupun harga minyak dijangka rendah, lebihan dalam eksport minyak sawit mentah dan gas asli cecair akan kekal besar," kata Zeti.

Beliau berkata, ringgit susut sebanyak 6.4 peratus berbanding dolar US pada suku tersebut.

Mata wang tempatan turun berbanding dolar US sebanyak 2.4 peratus antara 1 Januari dan 10 Februari 2015.

Zeti berkata, Malaysia kekal berdaya tahan dalam menghadapi keadaan yang mencabar dalam persekitaran luaran berikutan infrastruktur ekonominya yang pelbagai, sistem perbankan dengan permodalan yang kukuh serta pasaran kewangan yang maju. 


BNM , Zeti Akhtar Aziz , KDNK

Artikel Sebelum

Pengarah TG Offshore Buat Laporan Kepada SC

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain