suria

MSC Oscar, Kapal Kontena Terbesar Dunia Singgah Kali Pertama DI PTP

JOHOR BARU: MSC Oscar, kapal kontena terbesar dunia singgah buat kali pertama di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Gelang Patah, di sini, Selasa.

Kapal itu dengan kapasiti nominal 19,224 TEU (unit bersamaan dua puluh kaki) dimiliki oleh Mediterranean Shipping Co (MSC) dan sedang dalam pelayaran sulungnya dari Yantian, China, ke Eropah.

Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Glen Hilton dalam kenyataan pada Selasa berkata, MSC Oscar merupakan yang pertama daripada beberapa kumpulan kapal kontena amat besar yang akan singgah di pelabuhan itu.

"Keputusan MSC Oscar untuk singgah di PTP menunjukkan keyakinan MSC terhadap pelabuhan ini.

"PTP mempunyai peralatan lengkap untuk mengendalikan kapal bersaiz sangat besar dan ketibaan MSC Oscar di sini adalah suatu yang amat bermakna kepada kami kerana sasaran kami adalah untuk menjadi pelabuhan pilihan utama di Asia Tenggara," katanya.

Pengarah Urusan Pejabat Serantau MSC bagi Asia, Y.J. Tan, berterima kasih kepada PTP kerana menyediakan kemudahan moden dan canggih.

"Bagi MSC, kami yakin kami boleh terus meningkatkan penyediaan penghantaran yang berkualiti kepada pelanggan di Asia Tenggara pada masa depan," katanya. 
MSC Oscar, PTP, Glen Hilton

Artikel Sebelum

Artikel Lain