suria

IFI Mulakan Peralihan Deposit Islam

KUALA LUMPUR: Institusi Kewangan Islam (IFI) akan memulakan usaha bagi mengklasifikasikan semula deposit Islam sebagaimana yang ditakrifkan mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013).

Akta berkenaan memperkenalkan dua pengkelasan utama produk bagi penerimaan wang daripada pelanggan oleh institusi perbankan Islam iaitu deposit Islam dan akaun pelaburan.

Dalam kenyataan hari ini, Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) berkata institusi perbankan Islam akan mengklasifikasikan semula deposit Islam kepada deposit Islam dan akaun pelaburan.

"IFI juga menyediakan produk alternatif dengan pertimbangan produk baharu yang akan memenuhi kehendak pelanggan.

"IFI ini akan memastikan kelancaran proses peralihan ini dan tidak akan menyukarkan para pelanggan dan usaha ini akan dilakukan secara beransur-ansur sehingga 30 Jun 2015," kata AIBIM.

IFI akan memaklumkan pelanggan dan memberi penjelasan mengenai usaha peralihan berkenaan, katanya.

IFI, Islam

Artikel Lain