suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BNM Disaran Kenakan Bayaran Proses Cek Bila Prasarana Sedia

KUALA LUMPUR: Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) meminta Bank Negara Malaysia (BNM) melaksanakan bayaran pemprosesan cek sebanyak 50 sen hanya setelah semua prasarana, bank, kerajaan dan agensi bersedia untuk mengadakan perkhidmatan e-perbankan yang menyeluruh dan boleh dipercayai.

"Levi sebanyak 50 sen itu merupakan denda berat yang dikenakan dan dipungut secara tidak adil bagi faedah bank untuk menampung kos prasarana perbankan Internet masing-masing, yang sebenarnya adalah sebahagian daripada kos menjalankan perniagaan (yang harus ditanggung oleh bank)," kata Presiden ACCCIM, Datuk Lim Kok Cheong, dalam satu kenyataan, Khamis.

Penggunaan e-pembayaran harus dilaksanakan berperingkat-peringkat dan dewan itu mencadangkan supaya apabila e-perbankan dilaksanakan pada masa akan datang, 50 peratus cek pertama yang dikeluarkan daripada setiap akaun tertentu dikecualikan daripada bayaran itu berdasarkan jumlahnya daripada tahun sebelumnya.

Juga, kawasan yang tidak terdapat jalur lebar yang stabil dan boleh diharapkan haruslah dikecualikan daripada levi ini, hinggalah perkhidmatan jalur lebar disahkan sedia dan boleh didapati, kata Lim.

Semalam Bank Negara Malaysia berkata langkah mengenakan bayaran pemprosesan cek sebanyak 50 sen itu akan ditangguhkan kepada 2 Jan, 2015 daripada 1 April, 2014.

BNM, ACCCIM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain