suria

Glomac Catat Penyusutan Untung Sebelum Cukai Suku Ke-3

Menara Glomac.

KUALA LUMPUR: Pemaju harta, Glomac Bhd, mencatatkan penyusutan keuntungan sebelum cukai kepada RM35.455 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Jun, 2014, daripada RM37.034 juta yang dicatatkan bagi suku yang sama tahun lepas.

Keuntungan sebelum cukai yang lebih rendah ini disebabkan oleh kenaikan kadar premium pertukaran status tanah dan kos pembinaan, kata Glomac dalam satu kenyataan.

Pendapatan meningkat 14.9 peratus kepada RM183.720 juta bagi tempoh dalam kajian, daripada RM159.850 juta yang dicatatkan sebelumnya, ekoran kemajuan mantap pembinaan pelbagai projek yang sedang dilaksanakannya dalam Lembah Klang.

Bagi tempoh sembilan bulan, keuntungan sebelum cukai Glomac meningkat kepada RM118.870 juta daripada RM104.548 juta sebelumnya manakala pendapatan bertambah 12.7 peratus kepada RM501.793 juta, kata syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Rabu.

Tentang prospek, syarikat itu berkata prestasi kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 April, 2014 dijangka lebih baik memandangkan projek-projek yang

sedang dilaksanakan dan tahap pembinaan yang disasarkan siap.

Artikel Sebelum

Artikel Lain