suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hyundai-Sime Darby Bangun Enam Pusat 3S Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) akan membina enam pusat 3S tahun ini bagi memastikan perkhidmatannya mudah dikunjungi oleh pelanggan.

Rangkaian Hyundai meneruskan perkembangannya dengan membina pusat 3S yang membolehkan pemilik kenderaan merasai sendiri pengalaman dengan kemudahan pusat sehenti yang menawarkan jualan bersepadu, perkhidmatan dan alat ganti untuk keperluan automotif mereka.

Pengarah Urusan HSDM, Lau Yit Mun berkata: "Selain pusat 3S ini, kami juga sentiasa menaik taraf pusat 3S sedia ada supaya lebih mesra pengguna dan memberikan pengalaman menarik yang tidak mudah dilupakan kepada pemilik kenderaan."

Apabila siapnya keenam-enam pusat 3S baharu ini, Hyundai akan mempunyai 29 pusat 3S di seluruh negara pada hujung tahun dan memiliki kapasiti perkhidmatan sebanyak 23,000 kenderaan sebulan, peningkatan kecekapan perkhidmatan dalam satu perubahan jangka masa yang pendek.

Enam pusat 3S baharu ini akan dibangunkan di Wilayah Tengah (Jalan Chan Sow Lin, Cheras dan Jalan Ampang di Lembah Klang), Wilayah Utara (Sungai Petani, Kedah), Wilayah Pantai Timur (Kuantan, Pahang) serta Sabah/Sarawak (Kota Kinabalu, Sabah).

Artikel Lain