suria

“Dia cakap tak boleh makan” - Jurugambar majlis kahwin terkilan tuan rumah larang jamah hidangan, terpaksa berlapar

Perkhidmatan jurugambar pengantin menjadi salah keperluan bagi merakam momen bahagia. -Gambar hiasan AI

SEORANG jurugambar perkahwinan meluahkan rasa sedih dan terkilan kerana tidak dilayan dengan baik oleh pelanggan bagi sebuah majlis pernikahan.

Berkongsi pengalaman pahit yang dialami, dia mengakui terkejut apabila tidak dijemput untuk menikmati jamuan makan pada majlis berkenaan.

Lebih menambah rasa sayu apabila dia tidak sempat menjamah walau secebis makanan pada pagi itu demi memastikan setiap momen pengantin dapat diabadikan sebagai kenangan.

Tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan akan diraikan dengan jamuan makan. -Gambar hiasan

Tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan akan diraikan dengan jamuan makan. -Gambar hiasan

"Sampai hati pengantin tak bagi aku makan waktu majlis nikah dia.

"Aku bangun sebelum subuh semata-mata nak kejar shoot nikah dia pukul 8.30 pagi," ujarnya sayu menerusi hantaran di media sosial.

Menurutnya lagi, lokasi majlis kahwin tersebut membuatkan dia perlu keluar awal daripada rumah supaya tidak tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.

ARTIKEL BERKAITAN: Jurufoto tolak pengantin jatuh parit kemudian gelak, pihak penyewa busana naik angin klien lain pula nak pakai

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pandai jaga anak di majlis kahwin, pemuda ‘terpaling jurufoto’ saran mak ayah pakai kondom - “Geram kacau aku shoot”

Keadaan itu menyebabkan dia tidak sempat membeli makanan ringan sebagai alas perut sebelum ke majlis berkenaan.

Tambahan pula, dia tidak menyangka jurugambar tidak akan dijemput makan kerana kebiasaannya dia dipelawa untuk menikmati jamuan seperti tetamu lain.

Luahannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.

Harap kau belajar sesuatu, selepas ini alaskan perut sebelum keluar shoot tak kiralah jam berapa sekali pun.

WARGA MAYA

Ramai beranggapan pengantin mahupun keluarganya terlupa untuk menjemput jurugambar makan.

Namun menerusi komen balas, lelaki ini menyatakan dia tidak dibenarkan makan atas sebab-sebab tertentu.

"Dia cakap tak boleh makan dan ada nyatakan sebab... cuma aku tak mampu nak ingat dah," ujarnya sayu.

Warga maya berkongsi pandangan masing-masing.

Warga maya berkongsi pandangan masing-masing.

Dalam pada itu, beberapa pelayar yang bergerak aktif sebagai jurugambar turut meninggalkan komen.

Ada yang memintanya untuk bersedia dalam apa jua keadaan kerana setiap majlis perkahwinan berbeza cara pengendaliannya.

"Dulu abah buat job wedding sekitar tahun 2005 hingga 2012. Dari ceruk kampung sehingga dewan hotel, bab makan memang abah sediakan sendiri seperti protein bar dan air mineral sebab abah fokus kerja.

"Saya selalu makan dalam kereta semasa tengah memandu, beli roti dan air siap-siap.

"Harap kau belajar sesuatu, selepas ini alaskan perut sebelum keluar shoot tak kiralah jam berapa sekali pun... ni yang aku buat semasa jadi tukang gambar dulu.

"Mana ada tempat kerja bos belanja, kalau ada pun apabila majlis-majlis tertentu," demikian reaksi warga maya.

Artikel Lain