suria

Wanita trauma! Dulu masa kecil sahabat ibu sondol bapa, kini suami pula disondol janda di tempat kerja

Kecurangan boleh berlaku dalam mana-mana rumah tangga. -Gambar hiasan

LULUH hati seorang isteri apabila diberitahu bahawa suaminya mempunyai hubungan dengan wanita berstatus janda.

Menurut wanita itu yang enggan mendedahkan identitinya, pasangannya sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan pekerjanya berjawatan kerani atas dasar simpati.

Bersetuju dengan kehendak suaminya, wanita ini meletakkan syarat supaya dirinya diceraikan kerana tidak sanggup hidup bermadu.

"Sekarang suami saya buat perangai. Saya duduk asing sebab berniaga sendiri. Dia pindah ke tempat baharu. Suami cakap dia tak nak saya duduk sekali. Dia nak tenang-tenang je balik kerja.

"Dia pernah cakap nak kahwin dengan perempuan tu. Sedangkan dekat pejabat tu ramai lelaki lagi. Kami ada anak dua. Saya yang uruskan anak sendiri. Dia gaji pun tak besar mana. Saya yang bantu dia berniaga.

Hubungan suami isteri berantakan apabila wujudnya orang ketiga. -Gambar hiasan The Star

"Sekarang saya tak tahu 'password' telefon dia. Sebulan dia cuma bagi RM300 saja untuk survive bersama anak-anak," ujarnya dalam satu hantaran tular di media sosial.

Sebagaimana dikongsikan, segala aktiviti dan kegiatan suaminya bersama orang ketiga hanya diketahui setelah diberitahu orang lain.

"Mereka keluar berdua tapi suami tak beritahu. Orang lain yang sampaikan pada saya. Kerani lagi seorang muat naik gambar dan video mereka pergi jamuan bersama.

"Tapi suami saya ni duduk dengan perempuan tu bersebelahan. Disebabkan saya berniaga, saya ramai kenalan. Saya penat sangat sebab ramai beritahu dan tanya. Suami saya dan perempuan tu siapa?

"Saya dah putus asa. Apa patut saya buat? Saya dah pernah rasa keadaan berkongsi macam ni. Ya Allah... saya sedih, serius sedih. Saya tak tahu nak mula buat apa bila jadi macam ni. Tolong saya, bantu saya," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku sondol sampai naik pelamin” - Geng isteri kedua nafi jadi perosak perkahwinan, katanya suami orang yang mula dulu!

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami madu berempat elok je” - Sendiri dah terkena! Isteri kedua minta wanita jangan over benci poligami, takut ‘makan diri’

Jelas wanita malang itu, apa yang dialaminya sekarang sekali gus ini menjentik memori lampau.

Imbasnya dalam hantaran sama, dia sebelum ini dibesarkan tanpa kasih sayang keluarga setelah bapanya memutuskan untuk berkahwin dengan rakan karib ibunya secara senyap-senyap.

"Bapa saya ni kerja kerajaan yang berpangkat. Saya dibesarkan dengan ayah yang berkahwin dua. Mak saya isteri pertama dan memiliki anak dua yang tak bekerja. Hanya kerja berat sewaktu zaman muda saja.

"Dari kecil memang saya dibesarkan dengan ayah yang sibuk cari duit sebab nak besarkan anak lapan orang. Mak dan isteri kedua sampai sekarang tak berbaik sebab mereka dulu kawan karib.

"Mak tiri saya rampas ayah masa abang saya umur lima hingga enam tahun dengan kahwin secara diam-diam. Saya trauma... sedih semua ada sebab saya tak ada rasa kasih sayang keluarga," jelasnya.

Puan boleh mulakan proses penceraian dan saman perempuan yang nak runtuhkan rumah tangga tu.

NETIZEN

Kisah dikongsikan ini meraih perhatian apabila diluahkan dalam grup Peguam dan Pengguna Malaysia (PPM) di Facebook.

Rata-ratanya memberikan cadangan serta langkah perlu diambil kepada wanita ini bagi menjawab kerungsingan yang membelenggu dirinya.

"Bagi dia kahwin. Suruh dia failkan permohonan poligami dekat mahkamah lepas tu puan buat tuntutan harta sepencarian, jadual penggiliran dan nafkah.

"Puan boleh mulakan proses penceraian dan saman perempuan yang nak runtuhkan rumah tangga tu.

"Dalam keadaan suami isteri pun, masih boleh failkan tuntutan nafkah melalui mahkamah. Bukan untuk mereka yang berpisah semata-mata," komen netizen.

Beberapa netizen memberikan cadangan.

Sebelum ini, Majlis Agama Islam Selangor pernah berkongsi mengenai undang-undang dikenakan kepada mereka yang menganggu keharmonian rumahtangga orang lain.

Jelasnya, orang ketiga dalam hubungan suami isteri ini boleh dipenjarakan atau didenda oleh Mahkamah Syariah.

Kesalahan tersebut diletak di bawah Enakmen 11 tahun 2013 iaitu Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 (Bahagian V - Kesalahan Pelbagai).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain