suria

Tak lari bayar cukai, Bella Khan tunjuk resit transaksi LHDN hampir RM370,000 - “Boleh beli rumah teres dengan duit ni”

Bella berkongsi slip transaksi berjumlah RM369,978.20 kepada pihak LHDN.

SUDAH menjadi rutin tahunan, individu yang mempunyai pendapatan dan layak dikenakan cukai perlu membuat e-filing atau mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Terbaharu, selebriti media sosial dan usahawan, Bella Khan turut mencuri tumpuan ramai apabila dia berkongsi tangkap layar transaksi bank yang dibuat kepada pihak LHDN.

Tangkap layar itu memaparkan Bella membuat transaksi berjumlah RM369,978.20 kepada LHDN sehingga dia dihujani pelbagai respons netizen di Twitter.

bella2

Bella dipuji netizen kerana telus dalam urusan percukaian.

"Bayar cukai LHDN. Mari kita menangis sama-sama. Aku dah boleh beli sebuah rumah teres lagi ya dengan duit ni.

"Tak apalah janji kita berkhidmat untuk negara," ciapnya menerusi Twitter pada Jumaat malam.

Menjawab soalan netizen, Bella berkata bayaran berkenaan merupakan cukai untuk tahun lepas yang baru dilunaskannya.

Setiap tahun saya bayar wak... Ni last year punya sahaja.

BELLA KHAN

"Semua resit, purchase, relief dah habis tolak dah ni. Inilah kenyataan.

"Ya saya ada ejen cukai. And ni dah habis kurang dah," jawab Bella lagi.

Bella turut menyangkal tanggapan seorang netizen yang mendakwa dia perlu membayar jumlah besar kerana tidak ambil tahu tentang cukai tahun-tahun terdahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bayaran kami harus bermaruah“ - Gadis IPT tegas tuntut elaun setimpal, mahu syarikat lihat intern sebagai pelaburan

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita gigih menabung nak bantu bayar separuh wang hantaran, tapi bakal suami ‘buat rileks’! Belum mula menyimpan, majlis dah nak dekat

"Sebab tu kita kena declare income kita dengan LHDN. Kalau tak macam ni lah. Tahu-tahu kena bayar tax dengan LHDN," tulis seorang individu.

"Setiap tahun saya bayar wak. Ni last year punya sahaja," jawab Bella pula.

Sungguhpun terkejut dengan nilai berkenaan, ramai netizen turut memuji Bella kerana bersikap telus dan tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pembayar cukai.

bella3

Bella mempunyai 1.3 juta pengikut di TikTok.

"RM2 juta ke RM3 juta tak kurang ni income Bella Khan ni. Tumpang bangga ada anak muda Melayu berjaya. Ya Allah bagi la aku dan suami dapat berjaya macam ni, tak sabar nak bagi manfaat dekat orang lain juga.

"Terinspirasi dengannya. Daripada tiada apa-apa kini dia ada segalanya. Dah lama ikuti dia dan tengok dia berjaya dalam hidup, saya dapat inspirasi untuk jadi sepertinya.

"Doa dapat berjaya macam ni juga tapi memang produk rambut dia ni berkesan.

"Ya Allah, aku nak jadi kaya dan berjaya sampai aku mampu bayar tax banyak macam ni. Amin," tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, Bella yang mengusahakan produk kecantikan dan penjagaan rambut mempunyai 1.3 juta pengikut di TikTok, lebih 800,000 pengikut Instagram dan hampir setengah juta pengikut Twitter.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain