suria

Wanita gigih menabung nak bantu bayar separuh wang hantaran, tapi bakal suami ‘buat rileks’! Belum mula menyimpan, majlis dah nak dekat

Persetujuan mengenai hantaran perkahwinan harus dibincang bersama. -Gambar hiasan

PASTINYA ramai dalam kalangan kita tidak tahu tentang konsep hantaran iaitu pertukaran hadiah atau tawaran antara pihak pengantin lelaki dan perempuan.

Tanggungjawab menyediakan hantaran dalam adat majlis perkahwinan masyarakat kita kebiasaannya akan jatuh ke bahu kaum Adam.

Namun, melalui satu luahan tanpa nama di Twitter, pasangan ini mengambil pendekatan berbeza apabila pihak wanita turut bermurah hati untuk menyumbang dalam penyediaan hantaran.

Hantaran merupakan satu kemestian dalam setiap majlis perkahwinan. -Gambar hiasan

Walaupun begitu, niat baik bakal isteri itu seperti tidak dihargai si lelaki yang mengambil ringan bahagiannya.

"Hantaran kahwin kami dah ditetapkan sebanyak RM10,000. Kami dah setuju untuk bahagi dua. Saya kumpul RM5,000 dan tunang saya kumpul RM5,000.

"Tapi sedihlah. kenduri kami bulan Disember nanti, sampai sekarang dia tak mula lagi nak menyimpan. Aku yang perempuan ni pula macam beria duduk menyimpan.

"Kadang rasa macam tak nak teruskan bila tengok dia tak ada usaha, macam mana ya nak berhadapan dengan situasi ni," tanya wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tolak hantaran! Tragedi di rumah bakal mentua, gadis rempuh pagar sampai tercabut - “Lepas langgar, mak dia terus keluar”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dapat hantaran tapi bukan untuk dikahwini”- Bungkusan misteri... pemuda diminta siap sedia ‘dia’ dah nak datang

Melewati ruangan ciapan balas, warga maya berkata lelaki itu seharusnya bersyukur kerana mempunyai pasangan yang bertimbang rasa dan sudi meringankan bebannya.

"Sepatutnya pihak lelaki yang kena keluar lebih dari pihak perempuan. Kira baik sangat dah tu hantaran RM10,000. Tidak terlalu tinggi hantaran yang diletakkan untuk simpan duit.

"Carilah lelaki yang tidak kedekut berbelanja untuk kamu. Boleh perlahan-perlahan tinggalkan lelaki ini. Bukan suami yang sesuai untuk menemani hidup kamu.

"Dah dapat partner yang nak tolong kumpul duit hantaran pun tak tahu nak hargai. Ramai yang nak ada pasangan memahami seperti akak ni. Tak faham la orang sekarang.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Kumpul RM5,000 senang sangat sebenarnya, memang confirm la lelaki ni pemalas kalau itu pun tak boleh nak capai," kata sebahagian warga maya.

Warga maya lain pula menasihatkannya bahawa perkahwinan merupakan perkara serius dan tidak sepatutnya dibuat main.

"Nasihat yang paling berguna aku pernah dapat, selagi tak ada RM6,000 dalam tangan, jangan berangan nak masuk merisik.

"Tak ada usaha maksudnya dia tak nak. Jangan terima lelaki begini, tanggungjawab memang ke laut, Nanti di kemudian hari kita juga yang susah," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain