suria

Motor terbabas, habis makanan terabur! Rider syukur pelanggannya ‘limited edition’ - “Suruh claim balik duit tak nak, dia bagi pula tip”

Rider berkenaan berkongsi kisah dipertemukan dengan pelanggan baik hati.

TUGAS sebagai seorang penghantar makanan bermotosikal (rider) sememangnya tidak dapat 'lari' daripada pelbagai risiko.

Selain cuaca yang tidak menentu, ada kalanya jika nasib kurang baik, mereka terlibat dengan kecelakaan ketika sedang bertugas.

Namun atas dasar amanah yang tergalas di bahu, golongan ini tetap komited melakukan yang terbaik demi pelanggan.

Begitulah juga dengan seorang rider syarikat penghantaran GrabFood ini.

Menerusi satu perkongsian di grup Facebook GrabFood Rider Malaysia, lelaki itu berkongsi kisahnya yang ditimpa kemalangan ketika dalam perjalanan untuk menghantar pesanan makanan ke rumah pelanggan.

grab 2

Perkongsian kisah rider berkenaan di laman Facebook GrabFood Rider Malaysia.

"Cerita dia waktu saya on the way untuk hantar order ke rumah customer ni (Nazurah). Saya hampir terbabas sebab terlanggar bonggol, jalan yang saya guna agak gelap dan jarang lalu.

"Jadi, saya memang tak perasan ada bonggol dekat situ. Dah la tengah bawa laju waktu tu. Dipendekkan cerita, habis semua barang-barang saya bersepah atas jalan sekali dengan makanan akak ni.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit-sakit pun nak selesaikan ‘order’ dulu... Rider terlibat kemalangan dipuji amanah, siap panggil adik tolong sambung kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Mengah ‘panjat’ tingkat 5, rider cuma fikir amanah! Tak sangka ada kejutan, nak menitik air mata baca permintaan pelanggan

"Perkara pertama yang saya buat, saya terus call customer, beritahu dia perkara sebenar. Saya tanya dia makanan ni nak saya beli baru ke?.

"Akak tu cakap tak payah, saya anggap tak ada rezeki, yang penting awak baik-baik je," kongsi rider tersebut ketika mengimbas kembali kejadian yang menimpanya baru-baru ini.

Disebabkan rasa bersalah, rider itu berkata dia sekali lagi meminta maaf kepada pelanggan tersebut sebaik sahaja tiba di rumahnya.

Namun dia benar-benar tidak menyangka respons yang diberikan pelanggan wanita berkenaan.

grab 4

Tangkap layar yang dikongsi oleh rider berkenaan memaparkan jumlah tips yang diberikan oleh pelanggan.

"Saya minta akak tu halalkan makanan yang terjatuh tu. Saya dah suggest dekat akak tu suruh pergi help center untuk claim balik duit sebab akak ni bayar guna Grab Pay.

"Tapi dia cakap tak apa, akak okay saja. Lepas settle semua, saya perasan akak ni siap tambah tip lagi.

"Walaupun kecil nilainya, tapi akak ni tetap tunjuk yang dia hargai kerja keras kita semua sebagai rider ni," kongsinya lagi.

Tidak berniat untuk meraih pujian, namun ujar rider berkenaan, perkongsian kisahnya itu hanyalah sekadar peringatan buat rakan-rakan seangkatannya mengenai kepentingan bersikap amanah dalam pekerjaan.

Dalam 10 juta manusia, ada la 200 ke 300 orang macam akak ni. Kau sangat bertuah jumpa orang limited macam ni.

NETIZEN

"Mungkin kelihatan remeh tapi tak semua orang ada sikap macam ni.

"Jadi, moral of the story, kalau kita ada buat salah, kita tak sengaja tumpahkan makanan customer atau apa sekali pun, jangan senyap macam tu saja... kalau boleh beritahu baik-baik.

"Minta maaf dan minta halal atas kerugian makanan tu. Semoga apa yang kita lakukan ni dapat keberkatan dalam setiap rezeki yang kita perolehi," akhirnya.

Perkongsian berkenaan dihujani ratusan komen dengan rata-rata warga maya memuji sikap rider berkenaan yang amanah dan jujur mengakui kesilapan.

Malah mereka turut meluahkan rasa kagum dengan sikap pelanggan wanita berkenaan yang diibaratkan ibarat satu dalam seribu.

grab 3

Antara komen netizen terhadap perkongsian kisah rider berkenaan.

"Dalam 10 juta manusia, ada la 200 ke 300 orang macam akak ni. Kau sangat bertuah jumpa orang limited macam ni.

"Sebab itu sebagai rider, walau macam mana pun kena ada adab.

"Kamu jujur dan penyantun... moga peribadi baik ini istiqamah.

"Aku sangat hargai dan akan ingat customer macam ni," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain