suria

Mengah ‘panjat’ tingkat 5, rider cuma fikir amanah! Tak sangka ada kejutan, nak menitik air mata baca permintaan pelanggan

Penghantar makanan menerima tugas menghantar pesanan kepada pelanggan. -gambar hiasan

BUKAN semua, tapi terdapat segelintir penghantar makanan yang merungut apabila ditugaskan menghantar pesanan di rumah flat tanpa kemudahan lif.

Penat berpeluh satu hal dan dalam masa sama nak 'mengejar trip' demi mendapatkan lebih komisen.

Malah, sebelum ini pernah tular kisah rider yang enggan naik ke tingkat atas dan memberi pelbagai alasan sehingga memaksa pelanggan turun sendiri bagi mendapatkan pesanan.

Seorang penghantar makanan menerima sampul surat beserta kerta kecil dan beberapa wang kertas.

Namun lain pula cerita seorang penghantar makanan ini yang berkongsi pengalamannya menghantar pesanan ke rumah pelanggan di tingkat 5 di perumahan flat.

"Aku pergi hantar pesanan dekat rumah flat. Kena pula tingkat 5. Kalau ikutkan hati aku malas nak naik tinggi-tinggi.

"Tapi sebab amanah, aku ikhlaskan hati pergi la panjat sampai tingkat 5. Mengah juga aku. Sampai depan rumah pelanggan... pelanggan dah tunggu," tulis pemuda itu di Facebook.

Tanpa berlengah lagi, penghantar makanan berkenaan menyerahkan makanan kepada pelanggan lelaki yang berdiri di depan pintu rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian jadi tentera lebur, pemuda teruskan hidup jadi rider bertangan palsu... terkesan kenangkan insiden anak pelanggan lari masuk rumah di siang hari

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan hulur RM100, rider gelabah cari duit baki masa hujan lebat... Tak sangka ada habuan tengah malam! "Rezeki kau dik rajin kerja"

Namun pada masa sama, pelanggan tersebut menghulurkannya satu sampul surat coklat tetapi dia tidak terus mengambilnya.

"Apa ni bang? Tak apa, ambil je. Terima kasih ya," ujar pemuda berkenaan mengimbas kembali perbualan singkatnya bersama pelanggan itu.

Kertas kecil yang mengandungi tulisan pelanggan.

Sebaik turun ke tempat parkir motosikal, dia menerima notifikasi baharu menandakan pesanan baharu yang perlu dihantar kepada pelanggan lain.

"Aku turun, pesanan terus masuk. Start motor pergi ambil order. Sampai kat vendor, aku baru teringat sampul abang ni bagi.

"Bukak je sampul, Allahuakbar. Nampak ada satu kertas kecil, aku baca. Hampir nak menitik air mata aku," ujarnya.

Ada orang, perasaan dia inginkan sangat zuriat... dia bahagiakan orang lain. Moga asbab doa dari orang yang dia bahagiakan itu jadi makbul. Amin.

NETIZEN

Menerusi kertas kecil itu, tertulis satu permintaan ringkas namun menyentuh emosi.

"Bang, minta doakan saya dan isteri dapat zuriat," menurut nota tersebut.

Dia turut berkongsi gambar kertas kecil termasuk sampul coklat yang mengandungi beberapa keping wang kertas not RM50.

"Semoga abang Syed dikurniakan zuriat dan dimurahkan rezeki selalu. Amin," katanya lagi.

Antara komen netizen.

Hantarannya di Facebook Hazmie Faiz Razak menjadi tular dan rata-rata netizen terharu dengan kesungguhan penghantar makanan itu menjalankan tugas di samping mendoakan pelanggan tersebut dikurniakan cahaya mata.

"Ada orang, perasaan dia inginkan sangat zuriat... dia bahagiakan orang lain. Moga asbab doa dari orang yang dia bahagiakan itu jadi makbul. Amin.

"Semoga dikuniakan zuriat buat Syed dan isteri. Juga abang Grab diberikan rezeki untuk keluarga tercinta. Doakan juga pasangan di luar sana yang masih belum mendapat zuriat agar dipermudah segala urusan.

"Jumaat penuh barakah. Semoga diangkat doa hamba-hambaNya dan saudara Syed dikurniakan anak kelak. Amin," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain