suria

Selamba pakai telekung masuk Mcdonalds, netizen pesan jangan berkeliaran pakai warna putih... Lemah jantung kalau terserempak!

Amirah berkongsi video rakan-rakannya memakai telekung ketika membuat pesanan makanan.

MASUK sahaja bulan Ramadan, makin banyaklah foto dan video kaum wanita memakai telekung dikongsikan di media sosial.

Biasanya mereka akan mengambil swafoto atau video setelah bersiap-siap atau sesudah menunai solat tarawih.

Namun lain sedikit dengan pemilik akaun TikTok Amirah Haris apabila dia berkongsi video bersama rakan-rakannya yang masih memakai telekung ketika berkunjung ke sebuah restoran makanan segera, Mcdonalds.

Amirah merakam video wajah ceria rakannya membuat pesanan di Mcdonalds sambil memakai telekung.

“Baru habis tarawih pertama masuk Mcdonalds pakai telekung dah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Hingga kini perkongsian itu meraih hampir 300,000 tontonan di TikTok.

Apabila diteliti pada ruangan komen, ramai juga dalam kalangan wanita yang turut berkongsi pengalaman sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Telekung pelikat ‘ala ninja’ jadi perhatian, bukan setakat kreatif... yang penting wanita ini tak tinggal solat

ARTIKEL BERKAITAN: Cucu tak sangka, telekung baharu mampu ceriakan nenek ‘tak banyak cakap’ selepas datuk tiada - “Malam-malam, dia jahit telekung koyak”

Kata mereka telekung juga selesa dipakai untuk keluar ke mana-mana terutamanya selepas solat di masjid.

“Perkara biasa apabila Ramadan, orang tak kisah dah.

“Bulan puasa je valid pakai telekung sebab biasanya baru habis tarawih.

Elakkan lah pakai (telekung) putih... aku ni jantung tak adalah kuat mana.

NETIZEN

“Dah biasa. Kita selalu buat bulan puasa ni, peduli apa aku,” demikian antara komen netizen.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang berseloroh mengingatkan kaum wanita supaya elakkan memilih telekung berwarna putih untuk dipakai di luar.

“Elakkan lah pakai (telekung) putih. Aku ni jantung tak adalah kuat mana. Tahun lepas boleh tahan banyak kali terkejut sebab telekung putih,” kata pelayar tersebut.

Komen netizen di TikTok.

Namun rata-ratanya memuji kumpulan wanita berkenaan kerana masing-masing kelihatan ayu dan sopan mengenakan telekung.

Malah mereka juga dipuji kerana rajin menunaikan solat tarawih di masjid secara berjemaah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain