suria

Makin ramai peniaga bazar nak cepat kaya… nasi ayam berempah RM15, beli pula samosa dan murtabak ‘sedih’ betul rasanya!

Dua pelanggan luah rasa kecewa kerana mendakwa dianiayai oleh peniaga bazar Ramadan. Foto: Facebook.

PENINGKATAN harga makanan menyebabkan sebahagian rakyat negara ini 'takut-takut' untuk berbelanja di bazar Ramadan.

Terbaharu, seorang individu turut meluahkan rasa kecewa apabila dia membeli nasi ayam berempah pada harga RM15 sebungkus di sebuah bazar Ramadan di Puchong, Selangor.

"Moga makcik ni termakbul hajat nak pergi haji balik hari. Nasi ayam berempah RM15. Nasi tak ada minta tambah. Ayam saiz biasa.

Bazar Ramadan jadi tumpuan utama sepanjang bulan puasa. (Gambar Hiasan)

Bazar Ramadan jadi tumpuan utama sepanjang bulan puasa. (Gambar Hiasan)

"Bergedil besar sikit daripada syiling 50 sen lama. RM12 tambah RM3 tempe tak sampai sejengkal," ujar pemuda itu di media sosial.

Dia turut berkongsi foto makanan yang kelihatan tidak sepadan dengan harga itu sehingga menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

"Tu dia. Punya mahal. Sewa tapak mahal gila kot. Tak boleh fikir aku. Bukannya dalam restoran besar.

Moga makcik ni termakbul hajat nak pergi haji balik hari.

PELANGGAN BAZAR RAMADAN

"Kalau sedap, tak perlulah mengadu. Harga tapak pun kita tak tahu berapa.

"Kadang kena kira kos barang buat juga. Rempah, minyak, gas. Tak perlu nak aibkan orang," tulis beberapa netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kena scam peniaga bazar Ramadan, tahan marah dapat murtabak rentung! - “Ni aku malas beli dah siap bungkus”

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang wanita minta waspada, terkejut pulang bazar Ramadan dapat mesej lelaki gila seks puji payudara

Dalam satu kes berasingan, juga di Puchong, seorang lagi pelanggan merungut di media sosial apabila dia terbeli kuih samosa yang sudah basi.

"Hari kedua puasa baru dapat pergi bazar. Tu pun sebab MC tak sihat. Belilah samosa total harga RM15. Lima samosa daging, lima samosa ayam.

"Suapan pertama, hmm basi intinya. Masa habis. Tak ada pun ayam dan daging. Cuma kentang je. Tahun lepas pun macam tu juga.

Antara makanan kegemaran ramai yang sering menjadi pilihan. (Gambar Hiasan)

Antara makanan kegemaran ramai yang sering menjadi pilihan. (Gambar Hiasan)

"Beli murtabak punya kempunan, sekali dapat kuah yang merah ada bawang tu, rasa macam cicah air paip. Warna merah semata. Kot ya pun jual makanan tak habis semalam, kesian orang," tulis pelanggan itu di Facebook.

Di ruangan komen, netizen turut menyelar tindakan tidak bertanggungjawab peniaga yang tamak sehingga merugikan para pelanggan mereka.

"Aku tak tahu jenis manusia yang berniaga cara macam ni. Manusia nak untung tinggi dengan alasan harga barang naik tapi jual harga macam h***t.

"Lama dah boikot bazar. Tahu dah kualiti makanan teruk dengan harga Yahudi. Baik beli dengan peniaga yang biasa beli," tulis beberapa individu lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain