suria

Ajuk cakap Jepun, tampal pelekat pada mata ketika promosi sushi... Influencer mohon maaf

Tangkap layar video tular yang mengundang kecaman warga Twitter.

SEORANG influencer tempatan terkejut apabila video kunjungannya ke sebuah kedai sushi di Pulau Pinang menerima kritikan warga Twitter.

"Ketololan apa buat iklan gini gaya? Mengajuk cakap Jepun yang entah apa-apa butir pun tak tahu, sepetkan mata semua benda tu dah kenapa? Berniaga makanan Jepun, pergi menganjing orang Jepun," tulis seorang individu di Twitter.

Menjawab dakwaan netizen, influencer yang dikenali sebagai CEO Batu atau Black itu mengakui tidak berniat untuk menghina masyarakat Jepun sebaliknya cuba menerapkan elemen negara berkenaan dalam video yang dihasilkannya.

ceo1

Black berkata dia hanya menerima kritikan di laman Twitter.

"Video itu dirakam pada bulan lepas. Dah dekat seminggu saya kongsikan video di TikTok, Instagram dan Facebook tapi tak ada apa-apa. Tiba-tiba kawan maklumkan yang saya kena hentam kaw-kaw di Twitter.

"Saya tak berniat nak sentuh isu perkauman. Saya nak bagi nampak ia kedai Jepun, jadi saya buat gaya macam orang Jepun. Ia idea sendiri dan saya memang tiada niat nak menghina sesiapa.

"Sedangkan sebelum ini ramai orang ajuk gaya orang Cina bercakap, tapi mereka tak dituduh rasis. Saya saja tampal pita pelekat tu pada mata, bukan saya nak menghina," ujarnya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Macam mana boleh kata hidup saya mewah” - Dituduh tak bekerja, influencer baca buku psikologi cari kekuatan mental... tak lupa golongan B40

ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup digelar ‘ikan keli’, influencer dicop sombong pula sebab jalan sambil main phone - “Saya tahu siapa orang tu”

Enggan mengeruhkan keadaan, Black memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang terguris dengan video itu dan berjanji untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Black juga tidak menganggap dirinya sebagai influencer namun terbuka menerima kritikan orang ramai memandangkan dia bergiat aktif mencari rezeki menerusi platform media sosial.

"Saya memang tak ada niat nak mengguris hati mana-mana netizen. Kalau ada yang terasa, saya memohon ribuan kemaafan. Saya tak dapat nak puaskan hati semua orang. Ada yang boleh terima, ada yang tak boleh terima.

Saya tak berniat nak sentuh isu perkauman. Saya nak bagi nampak ia kedai Jepun, jadi saya buat gaya macam orang Jepun.

BLACK

"Saya cuma buat yang termampu untuk menceriakan orang ramai. Mungkin dalam ramai-ramai, ada 20 peratus yang tak puas hati. Di Twitter saja saya dihentam, tapi komen di Facebook, Instagram dan TikTok semuanya okay. Saya tak jumpa komen negatif di TkTok.

"Saya anggap benda tu, setiap orang yang bergelar influencer pasti melaluinya walaupun saya tak anggap diri macam influencer pun. Mesti akan ada yang kritik, tapi saya terima semuanya dengan hati terbuka.

"Semua orang ada hak bersuara dan boleh memberikan pendapat masing-masing. Mungkin lepas ni saya akan hati-hati lagi untuk buat content. Kepada yang menyokong, saya ucapkan jutaan terima kasih. Saya hargai semua yang menyokong," ujarnya.

ceo 4

Black bersama ahli pasukannya yang dikenali sebagai Ceoxganz.

Menurut Black, dia kini aktif bekerja sebagai content creator sepenuh masa bersama tiga lagi individu dalam kumpulan yang dikenali sebagai Ceoxganz.

Dia yang menggunakan nama CEO Batu di semua media sosial mempunyai 1.4 juta pengikut di TikTok dan 168,000 pengikut di Instagram.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain