suria

Bilik sewa di Cheras harga RM300, hanya muat satu tilam single... Netizen usik suruh ingat mati, saiz kecil macam liang lahad

Keadaan bilik sewa sempit yang ditawarkan pada harga RM300 di ibu negara menjadi jenaka netizen di media sosial.

MENJALANI kehidupan di kota raya tidaklah seindah yang disangka.

Dengan situasi ekonomi yang tidak menentu, ada dalam kalangan anak perantau terpaksa ikat perut dan hidup dalam suasana cukup daif di ibu negara.

Terbaharu, tular perkongsian seorang wanita di Twitter mengenai harga bilik sewa di Maluri, Cheras yang disifatkan tidak masuk akal.

KL2

Antara komen netizen di Twitter.

"Selamat pagi kecuali owner rumah dekat Kuala Lumpur (KL) yang sewa bilik macam ni," tulisnya pada kapsyen.

Foto yang dikongsikannya memaparkan sebuah bilik sempit yang hanya mampu memuatkan tilam single dan dilengkapi sebuah kipas dinding disewakan pada harga RM300 sebulan.

Selain tilam yang diletakkan di atas lantai, kelihatan satu plug elektrik turut disediakan dalam bilik berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jejaka bujang ini sanggup belanja ribuan ringgit cantikkan rumah sewa, tak sangka tindakannya buat ‘owner’ segan!

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah disewakan kepada pasangan warga emas jadi tong sampah, tapi pemiliknya cukup tabah, “OK lagilah dia lari...”

"Kononnya terpaling dekat dengan LRT, Pavilion, KLCC view mak nyah dia," tulis wanita itu lagi.

Susulan itu di ruangan komen, beberapa individu yang pernah menyewa bilik hampir sama seperti wanita terbabit turut berkongsi pengalaman dan kisah mereka.

Menurut pelayar Twitter dikenali sebagai @AcikAziz1, dia menyewa seramai empat orang di bilik berkenaan dengan harga lebih RM400 pada tahun 2014.

Kalau jenis yang selalu lupa akhirat boleh la duduk sini... ingatkan kita kepada alam barzakh.

NETIZEN

"Murah! 2014 pernah sewa bilik saiz lebih kurang macam ni harga RM400 lebih, kongsi empat orang, ada tiga team. Kat Taman Maluri. Zaman-zaman kolej dulu.

"Kami panggil bilik neraka. Seksanya perjuangan nak dapat sekeping skrol. Masa gradusi bila ingat balik, kami semua nangis atas pentas," tulisnya.

Beberapa netizen turut 'geleng kepala' melihat keadaan bilik itu sehingga ada yang menyamakannya seperti bilik mayat dan bersaiz liang lahad kubur.

Bukit Bintang is seen almost empty on Sunday Night  during the Movement Control Order which limits  the actoivites of people as a preventive measure againts the spread of the Covid-19 virus.AZHAR  MAHFOF/The Star

Kuala Lumpur tak seindah namanya, siapa sangka ramai yang hidup dalam keadaan serba daif dan ditindas pemilik rumah sewa?

"Ini macam bilik sewa dekat Seoul, Korea tapi dekat sana rumah sewa memang mahal. Tuan rumah ni memang ambil kesempatan betul.

"Mahu sesak nafas kau kak duduk dalam bilik kecil tak bertingkap macam tu. Cari tempat lain la. Ada yang lagi baik. Pemilik tu pun nak kaut untung agak-agak la.

"Kalau jenis yang selalu lupa akhirat boleh lah duduk sini. Mengingatkan kita kepada alam barzakh terus.

"Saya pernah sewa bilik macam ni. RM250, terdesak wei.

"Ni bukan bilik sewa, ni bilik mayat," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain