suria

Pemuda ini sabar layan ragam kilen! Ada yang lompat katil, kaki latah... paling tak boleh lupa rawat pakcik berkerusi roda sebab sakit lutut

Naim melakukan fisioterapi kepada klien yang mendapatkan rawatan di pusat rawatan MAY.

MEMILIH kerjaya sebagai seorang ahli fisioterapi, pemuda ini mengakui bidang tersebut memberikannya kepuasan maksima.

Melihat senyuman terukir di bibir klien yang mendapatkan rawatan, pemuda ini enggan menoleh ke belakang malah semangatnya berkobar-kobar setiap hari mahu memberikan khidmat buat yang memerlukan.

Menyoroti video-videonya di laman sosial, pemuda ini banyak berkongsi rakaman ketika dia 'beraksi' memulihkan pesakit yang datang dengan pelbagai jenis masalah dan kerenah.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita lumpuh cekal tamatkan pengajian, mampu hantar ibu buat umrah... ‘wheelchair motosikal’ banyak berjasa

ARTIKEL BERKAITAN: Teman kawan pergi interview, wanita reda pulang ke rumah dengan tangan lumpuh! Positif hanya sekejap, 2 tahun bergelut kenang nasib

Video ketika dia merawat seorang pesakit wanita 'kaki latah' adalah yang paling mendapat perhatian warganet apabila meraih lebih 1.4 juta jumlah tontonan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Naim Shauqie berkata, dia mula berkecimpung dalam bidang fisioterapi sejak 2018, di mana kerjayanya bermula sebagai ahli fisioterapi sukan.

"Pada tahun 2018 saya bersama dengan skuad bola sepak belia Kedah, kemudian dengan skuad Kelantan kelolaan Yusri Che Lah, dan kemudian dengan FAM sehingga 2021.

"Bila asyik travel ikut skuad bola sepak, saya nak ubah suasana dan pilih untuk jadi ahli fisioterapi di pusat rawatan. Di sini saya lebih kepada 'bone adjustment'.

"Bila didatangi pesakit yang ada pelbagai masalah, satu kepuasan buat saya apabila dapat membantu meringankan beban yang dihadapi," ujar pemuda berusia 30 tahun ini.

FISIO 2

Naim bermula sebagai ahli fisioterapi sukan pada 2018.

Berkongsi pengalamannya, Naim berkata dia paling tidak dapat lupa pengalaman didatangi seorang warga emas berkerusi roda yang mempunyai masalah sakit lutut.

"Ada satu kes yang agak teruk, pakcik ni datang pakai kerusi roda. Dia ada masalah sakit lutut... lutut sukar nak bengkok. Dah tujuh tahun katanya.

"Dia kata pada saya, 'pakcik nak solat, nak jalan sikit pun bolehlah'. Saya anggap seperti rawat bapa sendiri dan cuba buat sedaya mungkin. Tiga jam juga saya rawat.

"Alhamdulillah dengan izin Allah, dari berkerusi roda, selepas buat rawatan, pakcik tu boleh bangun dan berjalan walaupun seperti bertatih. Ia satu achievement buat saya. Tak henti-henti dia ucap terima kasih.

"Dia minta saya teruskan tolong orang. Katanya 'kalau bukan orang macam awak, siapa lagi yang boleh buat'. Alhamdulillah, benda macam ini buat saya bersemangat nak bantu orang," ujarnya yang beroperasi di Pusat Rawatan Master Aleyh Yusof di Bangi Getaway.

FISIO 1

Sebahagian tugas Naim sebagai ahli fisioterapi sukan.

Dalam pada itu Naim mengakui tugasnya juga tidak terkecuali berdepan dengan cabaran yang menguji fizikal dan emosi.

"Saya pernah handle seorang klien yang mempunyai berat badan 180 kilogram. Sejam lebih jugalah saya cuba rawatnya. Majoriti mereka yang obes ni sakit pinggang.

"Ada juga klien yang seolah-olah tidak percaya atau yakin dengan kita. Ada juga yang marah-marah dan tak beri kerjasama, pernah juga klien lompat katil. Memang cabaran sebab nak tangani emosi mereka tapi kita cuba bagi yang terbaik.

"Selain daripada itu, semuanya okay. Ada juga insiden klien kaki latah seperti video viral baru-baru ini. Kita pun jadi terhibur," katanya sambil menambah, majoriti klien yang mendapatkan rawatan adalah disebabkan mengalami masalah 'slip disc'.

Ramai yang ulang sebab mereka berpuas hati. Ada klien yang sanggup datang dari jauh seperti Sabah, Sarawak, Brunei dan juga Singapura.

NAIM SHAUQIE

Naim yang berkelulusan dalam bidang fisioterapi dari sebuah universiti swasta berkata, majoriti kliennya menunjukkan perubahan selepas menjalani rawatan sesi pertama bersamanya.

"Kita bukan nak kaut untung, contohnya seperti tetapkan pakej beberapa sesi untuk rawatan. Kebanyakannya tunjukkan perubahan positif hanya selepas sekali sesi saja.

"Tapi ramai yang ulang sebab mereka berpuas hati. Ada klien yang sanggup datang dari jauh seperti Sabah, Sarawak, Brunei dan juga Singapura. Saya sarankan untuk buat appointment terlebih dahulu sebab takut penuh," ujarnya lagi.

Banyak berkongsi video di aplikasi TikTok, Naim mengakui impak dari segi penerimaan warganet begitu tidak disangka-sangka.

FISIO 3

Naim (tengah) bersama dua ahli fisioterapi di pusat rawatan MAY.

"Saya baru saja buat akaun TikTok. Tak sangka bila upload video, jumlah tontonannya begitu tinggi. Saya upload untuk kongsi pengalaman dan dalam masa yang sama berkongsi mengenai rawatan fisioterapi.

"Jelas sekali penerimaan dekat TikTok sangat membantu dari segi pemasaran. Viral di medium lain tak sehebat di TikTok. Bila viral, WhatsApp talian pusat rawatan menderu-deru, boleh capai ratusan dalam sehari.

"Mesej yang saya boleh kongsikan kepada orang di luar sana, segeralah dapatkan rawatan jika badan tak selesa atau mengganggu pergerakan. Jangan biar ia melarat.

"Untuk orang yang tak ada masalah pun boleh buat fisioterapi. Sekali sekala badan juga memerlukan 'adjustment'. Kalau ada kelapangan bolehlah datang," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain