suria

Lima sekeluarga makan di restoran tapi selamba buat macam rumah sendiri... tinggal tak basuh pinggan je!

Sebuah keluarga membersihkan meja makan yang telah mereka guna sebelum meninggalkan kedai.

BERMULA Januari lalu, Singapura menguatkuasakan peraturan baharu kepada pelanggan medan selera dan kedai kopi yang mana mereka akan dikenakan kompaun jika tidak membersihkan meja yang digunakan sebelum meninggalkan premis.

Penguatkuasaan itu termasuk meninggalkan tisu terpakai, straw, bekas bungkusan makanan, tin minuman, botol plastik dan sisa makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiap hari ada saja pelanggan makan tak bayar, peniaga di Perlis dedah pernah rugi hampir RM1,000 semalam!

ARTIKEL BERKAITAN: Makan sampai kenyang tapi tak nak bayar, pemilik restoran kongsi gambar 4 pelanggan di FB

Difahamkan, pesalah kali pertama akan menerima amaran bertulis manakala pesalah kali kedua akan didenda S$300 atau kira-kira RM900 dan individu yang melakukan kesalahan berulang berkemungkinan dihadapkan ke mahkamah di bawah Seksyen 17(1) Akta Kesihatan Persekitaran Awam (EPHA).

Melihatkan peraturan itu, semestinya orang awam terpaksa menurutinya dan amalan membiarkan sahaja meja makan yang telah digunakan serta penuh dengan sisa makan atau kotoran perlu diubah secara drastik.

Bagaimanapun, lain pula halnya di Malaysia kerana tabiat membersihkan meja di kedai makan sudah lama diterapkan sebilangan rakyat negara ini.

Menerusi video yang tular di aplikasi TikTok, sebuah keluarga didapati membersihkan meja makan sebelum beredar meninggalkan premis.

Berdasarkan pengamatan di video tersebut, meja besar dengan lapan kerusi itu diduduki lima individu yang mana berkemungkinan seorang ayah serta isteri dan tiga anak mereka atau bapa berkenaan bersama empat anaknya, masing-masing dua perempuan dan lelaki.

Si ayah hanya meninggalkan meja selepas pinggan serta cawan yang digunakan disusun di penjuru dan meja diberikan 'sentuhan' terakhir oleh sama ada isteri dan anaknya atau dua anak perempuannya yang mengelap dan membersihkan meja berkenaan.

Malah kerusi yang digunakan juga disusun rapi semula sebelum mereka berlalu pergi.

Pemilik akaun @fruitkingofficial2 turut memuat naik kapsyen 'customer satu dalam 1,000... satu family susun pinggan, lap meja, tolak kerusi'.

"Dah jadi kebiasaan orang macam ni sebab bermula dari rumah."

NETIZEN

Susulan perkongsian itu, perilaku keluarga itu mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen apabila video yang disiarkan ditonton lebih 16,000 pelayar TikTok.

Ada yang menggambarkan tindakan itu sangat membantu golongan peniaga kerana sikap pelanggan seperti itu bukan hanya membantu penjual tetapi memudahkan orang lain menggunakan meja berkenaan yang telah ditinggalkan.

Menerusi ruangan komen, salah seorang netizen menyatakan 'terasa hilang penat kalau dapat customer yang jenis memahami macam ni'.

"Dah jadi kebiasaan orang macam ni sebab bermula dari rumah."

Netizen memberikan reaksi positif terhadap tindakan tersebut

Netizen memberikan reaksi positif terhadap tindakan tersebut.

"Tak kisah pun di mana-mana... kita mudahkan kerja orang, Allah akan mudahkan kerja kita. InsyaAllah."

"Mesti rumah dia kemas dan bersih kan."

"Disiplin datangnya dari rumah."

Terdapat juga beberapa netizen yang menyatakan tabiat seumpama itu diterapkan dari awal dan pelakunya sudah terbiasa membuatnya.

Ada juga yang meninggalkan komen jenaka 'Mak saya selalu macam ni, jarang makan kedai tapi bila makan kedai buat macam rumah sendiri. Nasib tempat basuh pinggan tu jauh'.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain