suria

Tarik diri jadi polis selepas terdengar ‘letupan kecil’! Pemuda gigih jual baju bundle kumpul duit bedah lutut, mahu capai cita-cita

Azizi mengalami kecederaan lutut setelah tiga bulan menyertai latihan untuk menyertai pasukan polis.

SETIAP manusia diuji dengan pelbagai jenis dugaan.

Begitulah juga dengan pemuda ini yang perlu bekerja keras mencari rezeki demi menyara keluarga dan mengumpul wang untuk pembedahan lututnya yang tercedera semasa latihan untuk meneruskan hasrat menjadi seorang anggota polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu di awan biru, kini bergelar polis... pernah buat 2 kerja lain, bekas pramugara reda plan asal balik kampung tak menjadi – “Pernah ceramah remaja mencuri sampai menangis”

ARTIKEL BERKAITAN: Abang polis kacak berangan nak jadi model sebab ‘confident level’ tinggi, ramai wanita order baju bundle selepas buat live di TikTok

Menurut Muhammad Nur Azizi Yaakop, 23, selepas impiannya untuk menyarung uniform polis terbantut, dia juga berdepan cabaran getir sehingga terduduk memikirkan nasib diri dan keluarga.



Jejaka ini pernah bekerja di kilang sarung tangan sebelum menjalani latihan menjadi seorang polis.

“Lepas habis belajar, tahun 2018 saya terus pergi open interview polis dekat IPD, Melaka. Alhamdulillah, rezeki saya lepas tunggu sampai dua tahun saya dapat panggilan jawatan konstabel tahun 2020.

“Dalam masa saya tunggu tawaran panggilan tu, saya kerja sebagai staff laboratory dekat kilang sarung tangan di Kelemak, Alor Gajah, Melaka.

“Saya nampak masa depan saya lebih cerah sebagai polis, saya pun ambil keputusan berhenti kerja kilang dan lapor diri di Ayer Hitam, Negeri Sembilan,” ujarnya kepada mStar.

Imbas jejaka yang mesra disapa Azizi ini, dia pada mulanya harus menjalani latihan selama enam bulan di Pusat Latihan Polis Air Hitam (PULAPAH), Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.

Ada masa saya cuma untung RM150 sahaja untuk survive dalam sebulan.

AZIZI

Namun setelah hampir tiga bulan menjalani latihan iaitu kawad kaki, dia mengalami kemalangan yang menyebabkan kecederaan serius pada bahagian lutut.

"Masa latihan macam biasalah sedikit lasak. Masa kena hentak kaki tu ada satu bunyi macam letupan kecil pada bahagian lutut saya. Terus rasa lemah kat bahagian tu dan rasa kebas sikit. Lutut saya dah tak kuat masa tu.



"Jurulatih saya ada nasihatkan supaya saya stay dulu sebab sayang dah separuh jalan walaupun tak boleh join latihan. Tapi saya kena fikir tentang kesihatan saya juga. Risau akan jadi lagi teruk," tambahnya.

Bagaimanapun jejaka ini memutuskan untuk menarik diri kerana tidak mampu meneruskan lagi latihan yang berbaki tiga bulan disebabkan dia tidak mampu untuk berdiri dalam tempoh lama.



Azizi mengambil ikhtiar berniaga topi di Vintage Night Market, Jalan Hang Tuah, Melaka berhadapan UTC.

"Memang saya terus letak jawatan masa tu. Saya nak elak pihak atasan berhentikan saya takut nanti rekod saya tercemar sebab bila diberhentikan ni orang ingat saya yang bermasalah.

“Sekarang saya tengah kumpul duit sendiri untuk tanggung kos rawatan operation lutut saya berharga RM30,000. Saya pula memang tak ada insurans masa tu.

“Pergerakan saya terbatas sampai susah nak berjalan. Saya tak boleh angkat benda-benda berat. Nak berdiri lama sikit pun tak boleh.

“Saya ikhtiar dengan berniaga pakaian bundle. Saya ada juga sewa tapak berniaga dekat Vintage Night Market. Tapi biasalah adat berniaga ni ada pasang surut. Ada masa saya cuma untung RM150 sahaja untuk survive dalam sebulan. RM100 saya bagi mak, baki lebih tu baru saya guna untuk diri sendiri,” ujarnya.

Merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik yang masih bujang ini, Azizi mengakui berdepan cabaran besar dalam usahanya mencari dana untuk rawatan pembedahan dalam waktu yang singkat.

Anak kelahiran Kuala Lumpur yang kini menetap di Alor Gajah, Melaka ini turut berkongsi hasratnya untuk mencari kerja yang mempunyai gaji pokok setiap bulan tetapi keadaan dirinya yang sakit tidak mengizinkan.

Katanya, dia tidak boleh melakukan sebarang aktiviti atau pekerjaan sembarangan yang boleh membuatkan keadaan lututnya semakin parah kerana kurang daya menampung berat badan.



Keadaan lutut Azizi yang mengalami kecederaan serius membuatkan dia sukar berdiri dalam tempoh lama.

“Mak ayah saya pun dah bersara sekarang jadi saya terpaksa tanggung keluarga saya juga.

“Saya berniaga open table dekat pasar malam Alor Gajah, Melaka. Selain tu saya jual dekat Instagram dan Carousell juga.

“Sejak kebelakangan ni, dah empat lima bulan juga perniagaan saya drop. Persaingan dekat media sosial terlalu ramai tapi saya tak pernah putus asa,” tambahnya.

Selain kekangan itu, Azizi juga berdepan sikap segelintir pelanggan yang tidak serius untuk membeli sehingga menyusahkan dirinya.

Menurut Azizi, dia sedih apabila diperlakukan sedemikian, namun menganggap ia sebagai satu cabaran yang terpaksa ditempuhi demi mencari duit bagi menampung kos pembedahannya kelak.

Tambahnya lagi, dia juga tabah berusaha dalam dunia perniagaan mencari rezeki biarpun dilanda dugaan demi ibu bapa yang sudah lanjut usia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain