suria

Pelukis inai muak dengan pelanggan menipu sebab nak dapat balik deposit, beri alasan langsung tak masuk akal

FotoJet (32)

DUGAAN yang terpaksa dihadapi mereka yang menceburi bidang perniagaan dan perkhidmatan bukan alang kepalang.

Apatah lagi apabila berurusan dengan pelanggan yang banyak ragamnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik rindu teruk abang masuk sekolah, dah dapat jumpa ‘accident’ pula... rupa-rupanya ada kaitan dengan PKP!

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak juga beg Gucci macam papa” - Murid bergaya bawa beg mahal ke sekolah selepas alasan diterima mak ayah!

Namun, apa yang paling mendukacitakan bagi mereka adalah sikap individu yang gemar membatalkan tempahan pada saat akhir dengan alasan tidak munasabah.

"Korang janganlah gunakan alasan 'tak jadi kahwin' semata-mata nak cancel booking padahal tidak pun, nak cancel booking sebenarnya sebab nak berinai dengan kawan sahaja," tulis, Astinawira Helman, 26, yang turut berkongsi dialog antara dia dan pelanggan tersebut.

Bercakap kepada mStar, Astinawira yang menetap di Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru berkata, dia sering berdepan dengan pelanggan yang memberikan pelbagai alasan tak masuk akal hanya untuk membatalkan tempahan.

Dia yang sudah hampir tujuh tahun menjadi henna artist berkata, alasan tersebut seringkali digunakan dengan harapan supaya mereka mendapat semula wang deposit yang telah dibayar.

"Yang saya tak boleh lupa ada yang bagi alasan 'tak jadi kahwin', 'tak jadi tunang' padahal elok je client tu buat majlis.

"Ada juga selalu bagi alasan, makcik, adik, sepupu, sedara dan lain-lain sponsor, padahal boleh je teruskan booking, mereka boleh minta individu yang sponsor tu sambung deposit dia bayar, tapi mereka tak nak, mereka tetap nak cancel sebab yang sponsor tu nak booking orang lain," katanya.



Astinawira sudah tujuh tahun bergelar Henna artist.

Apa yang lebih menyedihkan adalah sikap sesetengah individu sanggup membatalkan tempahan sehari sebelum majlis berlangsung.

"Ada yang cancel dua tiga bulan sebelum, yang tu masih boleh terima lagi, paling sedih bila yang cancel sehari sebelum tarikh berinai sebab saya dah sediakan barang-barang semua, memang la harga barang tak seberapa tapi kita dah kosongkan slot untuk dia.

"Ini semua antara cabaran yang terpaksa kami tempuhi terutama sekali bila berdepan dengan client yang tak faham konsep 'hire service', mereka suka-suka minta kita gantikan deposit pada keluarga, kawan, dan mereka ini memang jenis yang tak boleh nak bertolak ansur dan tak faham kerja orang," katanya, yang menyediakan servis inai di kawasan Johor Bahru.



Menurut Astinawira ada pelanggan yang sanggup membatalkan tempahan sehari sebelum majlis.

Jelasnya, biasanya deposit yang telah dibayar memang tidak akan dipulangkan semula kepada pelanggan.

"Kalau nak tukar tarikh lain saya boleh tolak ansur sebab saya tak nak burn duit pelanggan tanpa kerja, tapi kalau sampai tahap bertekak-tekak dengan client saya pulangkan je terus deposit sebab malas nak peningkan kepala," katanya.



Antara hasil kerja Astinawira.

Menurut Astinawira, harga yang dikenakan seseorang henna artist itu bukanlah bersandarkan pada paste inai yang digunakan semata-mata, sebaliknya teknik yang digunakan pelukis itu.

"Nasihat saya pada mereka yang ingin mencari henna artist tu sebelum booking seeloknya survey dahulu hasil kerja, bandingkan harga dengan hasil, bukan harga dengan harga (antara tukang inai) semata-mata.

"Minta design ikut budget, minta tukang inai syorkan, jangan minta design yang sarat tapi nak murah sebab harga bukan hanya pada paste inai yang digunakan tapi pada teknik seni si tukang inai," tegasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain