suria

Popular di TikTok... 5 ‘wanita’ ambil kesempatan, mengaku bini Dr Ahmad Samhan - “Eh, abang ada isteri lain ke?”

Dr Ahmad Samhan mendedahkan salah satu daripada lima akaun palsu yang menyamar sebagai isterinya.

ZAMAN sekarang ramai yang mengambil kesempatan atas pengaruh dan populariti orang lain.

Terbaharu, doktor yang popular di aplikasi TikTok dengan lebih 1.2 juta pengikut turut menjadi mangsa 'scammer'.

Beberapa posting di laman Facebook menggunakan nama wanita mengaku dirinya sebagai 'isteri Dr Ahmad Samhan', kini bertebaran di laman sosial bagi mempromosikan produk mesin urut kaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Terima lebih 1 bilion pengguna baharu... Iman Troye, Dr Ahmad Samhan antara paling popular di TikTok sepanjang 2021

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor baru join TikTok disangka 'Mat Bangla' walau ada lebih setengah juta followers, dianggap bisu sebab video 'tunjuk-tunjuk' - "Baca komen boleh koyak"

"Suami saya #Dr_Ahmad_Samhan adalah doktor terkemuka di Hospital Kuala Lumpur, harap nasihat beliau dapat melindungi kesihatan keluarga anda dan orang miskin.

"Disebabkan ramai yang meminta untuk membelinya, saya bertanya kepada suami saya tetapi dia terlalu sibuk untuk menjawab semua soalan anda jadi ini adalah kedai Jepun yang mengedarkannya," demikian antara ayat-ayat dalam posting tersebut yang menggunakan foto Dr Ahmad Samhan bersama isteri dan anak-anak.

menyamar isteri dr samhan 4

Dr Ahmad Samhan mempunyai lebih 1.2 juta di aplikasi TikTok.

Bercakap kepada mStar, Dr Ahmad Samhan Awang berkata, beliau mendapat maklumat mengenai perkara itu daripada pengikutnya yang mahu mendapatkan pengesahan.

Doktor berusia 36 tahun itu mengakui amat terkejut dengan perkara itu kerana isterinya tidak terlibat atau melakukan sebarang perniagaan.

"Saya terkejut sebab dia guna gambar saya dan isteri sebagai cover photo, siap mengaku isteri saya... sedangkan saya cuma ada seorang isteri yang juga bertugas sebagai doktor.

"Setakat ini ada lima profil menggunakan posting sama mengaku sebagai isteri saya. Semua tu bukan akaun Facebook isteri saya, tapi adalah akaun palsu," katanya ketika dihubungi.

menyamar isteri dr samhan 5

Sebahagian posting yang mengaitkan nama Dr Ahmad Samhan.

Mengulas lanjut, Dr Ahmad Samhan menjelaskan bahawa beliau juga tidak lagi berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Ogos 2020.

"Saya maklumkan perkara ini kepada isteri saya. Isteri terkejut, ingatkan saya kahwin lain... 'Eh, abang ada isteri lain ke?' dan saya katakan tak ada.

"Ramai juga followers terkejut dan komen bila saya kahwin lain? Tidak, saya ada seorang isteri sahaja dan bekerja sebagai doktor bersama saya di klinik," katanya yang mengusahakan lima klinik di Terengganu.

dr samhan isteri menyamar

Lagi profil akaun palsu menyamar isteri Dr Ahmad Samhan.

Berpengalaman lebih lima tahun dalam bidang perubatan, bapa kepada tiga cahaya mata itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab.

"Satu tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana menggunakan nama orang lain seperti kes saya, menggunakan pengaruh saya di media sosial untuk mempromosikan barang.

Ramai juga followers terkejut dan komen bila saya kahwin lain? Tidak, saya ada seorang isteri sahaja

DR AHMAD SAMHAN AWANG

"Ini bukan kali pertama, sebelum ini ada yang menyamar jadi saya jual produk keris dan guna gambar saya di HKL. Tindakan ini boleh mencemarkan reputasi saya," katanya dengan nada kesal.

Susulan itu, Dr Ahmad Samhan berkata, beliau telah menghantar mesej kepada pengguna Facebook tersebut supaya memadamkan posting yang menggunakan namanya.

menyamar isteri dr samhan 7

Dr Ahmad Samhan kini mengusahakan lima klinik di Terengganu.

"Kepada mereka yang berkenaan, saya berkeras untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih menggunakan nama saya.

"Saya berharap orang ramai terutama para pengikut tidak mudah terpedaya dengan mana-mana posting seumpamanya bagi mengelakkan daripada penipuan," katanya yang mempunyai lebih 300,000 pengikut di Facebook.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain