suria

Dua kali lari kejar pagar automatik, ibu hamil nyaris tersepit! Terus kena tegur selepas suami periksa CCTV - “Apa saya dah buat ni?”

Zabedah (kanan) berkongsi insiden ketika mahu keluar dari rumah keluarga mentua.

GARA-gara alat kawalan jauh hilang, seorang wanita terpaksa berlari keluar rumah sebelum pintu pagar ditutup secara automatik.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), percubaan pertamanya gagal apabila pintu pagar tertutup sebelum dia sempat keluar rumah.

Wanita itu kemudian melakukan percubaan kedua dan dilihat nyaris tersepit pada pintu pagar, namun akhirnya berjaya 'meloloskan' diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Sendirian di rumah, wanita sarat hamil pelik rider minta izin nak masuk... rupa-rupanya sebab biawak - "Check CCTV, dia sanggup patah balik"

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dalam pantang menjerit cemas satu bilik berasap gara-gara tungku usia 38 tahun, cadar dan tilam terbakar... apa suami dah buat?

Berkongsi pengalaman, wanita berkenaan, Zabedah Md Hassan berkata, kejadian berlaku di rumah keluarga mentuanya di Sungai Petani, Kedah pada minggu lalu.

Menurutnya, ketika itu dia baru menghantar anak lelaki berusia setahun dan 10 bulan untuk dijaga ibu mentua sebelum bergegas untuk pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik.

"Pagi tu saya dan suami bawa anak untuk medical check-up. Selepas itu, kami hantar anak balik sebelum ke klinik semula untuk appointment saya yang hamil anak kedua.

"Masa tu anak berteriak nak ikut, jadi ibu mentua bawa dia masuk ke bilik sebelum saya cepat-cepat keluar rumah. Dalam kalut tu baru teringat saya tak ada remote control untuk tutup pintu pagar," kata wanita berusia 27 tahun itu kepada mStar.

nyaris tersepit pagar automatik 2

Zabedah (kanan) bersama suami dan anak.

Zabedah yang hamil tiga bulan berkata, ibu mentuanya sememangnya mempunyai alat kawalan jauh pintu pagar automatik, tetapi pada masa itu dia terpaksa menggunakan cara lain kerana kesuntukan masa.

"Klinik dah call banyak kali, jadi saya kena cepat. Nak tunggu ibu mentua untuk ambil remote control pun tak boleh sebab dia sedang mengalihkan perhatian anak saya di bilik.

"Bahaya keluar tak tutup pintu pagar sebab masa tu hanya ibu mentua dan anak berdua di rumah. Saya perlu fikir dan bertindak pantas," ujarnya yang berasal dari Sungai Petani.

Menurut suri rumah itu, suaminya yang sedang menunggu di dalam kereta di luar pintu pagar juga kehilangan alat kawalan jauh.

nyaris tersepit pagar automatik 6

Percubaan pertama Zabedah untuk melepasi pintu pagar automatik gagal.

"Kami tak fikir nak ganti remote control baru sebab biasanya ibu mentua memang akan ada di rumah atau keluar bersama kami. Atau akan tinggalkan kunci kalau dia keluar dengan bapa mentua.

"Masa tu, dari luar rumah dah boleh dengar suara anak teriak, jadi saya cepat-cepat tutup pintu rumah dan berlari ke luar pintu pagar.

"Percubaan pertama tak lepas, saya cuba lagi dan kali kedua ni lari lebih laju dan akhirnya lepas. Mujur saya angkat tangan, cuak kalau tersepit kat pintu pagar," ujarnya secara berseloroh.

Bahaya keluar tak tutup pintu pagar sebab masa tu hanya ibu mentua dan anak berdua di rumah. Saya perlu fikir dan bertindak pantas

ZABEDAH MD HASSAN

Tindakan suri rumah itu yang pantas berlari keluar menimbulkan tanda tanya suami yang bertugas sebagai pembantu perubatan dan berusia 27 tahun.

"Dia tanya kenapa saya lari? Dia tanya kenapa tak minta dia yang hantarkan anak masuk ke rumah sebab dia boleh panjat pintu pagar kalau tertutup.

"Saya pun beritahu memang nak masuk rumah sebab nak guna tandas, itu yang saya sendiri hantar anak kat ibu mentua," tambahnya.

nyaris tersepit pagar automatik 3

Zabedah (kanan) dan suami (kiri) bersama anak dan ibu bapa mentua.

Selepas mereka meneliti rakaman CCTV, Zabedah berkata, suami menegurnya bahawa tindakan tersebut bukan sahaja membahayakan dirinya tetapi juga anak dalam kandungan.

"Suami bising, dia kata bahaya sebab saya mengandung. Saya faham, tapi masa tu saya pun tak terfikir panjang sebab semuanya berlaku sangat pantas dan secara spontan.

"Bila saya tengok diri sendiri dalam rakaman tu rasa kelakar. Apa saya dah buat ni? Macam tak percaya, rasa nak gelak kat diri sendiri," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain