suria

Cantik di mata, harga pun ribuan ringgit! Tapi jangan main-main pokok keladi beracun... bahaya tak kira manusia atau haiwan, silap haribulan sesak nafas!

Racun dalam tumbuhan 'caladium' dipanggil Kalsium Oksalat dan sangat berbahaya jika tertelan.

SEJAK Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktiviti bercucuk tanam sudah bertukar menjadi hobi kegemaran ramai.

Buktinya, lihat saja hantaran di media sosial yang tidak pernah 'sunyi' dengan perkongsian warganet mengenai tumbuhan masing-masing.

Ada yang berkongsi gambar sayur-sayuran yang menghijau dan sudah mengeluarkan hasil, namun paling menjadi kegilaan sejak kebelakangan ini sudah tentunya pokok keladi atan nama saintifiknya Caladium.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu panik anak 4 tahun meraung! Mulut ternganga, air liur meleleh... rupa-rupanya gigit sesuatu di luar rumah - “Doktor tanya telan ke, Nashwa tak boleh cakap”

ARTIKEL BERKAITAN: Musim pokok lidah jin... tapi awas ada sebab anak kecil, haiwan peliharaan tak boleh dekat!

Jangan tak tahu, harga pokok viral ini boleh mencecah sehingga ribuan ringgit bergantung kepada spesiesnya.

Namun dalam kegilaan ramai mengumpul pelbagai spesies pokok keladi sebagai tumbuhan hiasan, peminat pokok viral ini perlu mengambil tahu bahawa ia adalah tumbuhan beracun dan boleh memudaratkan kesihatan.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia (PHM), racun dalam tumbuhan 'caladium' dipanggil Kalsium Oksalat yang meliputi keseluruhan tumbuhan tetapi paling kuat pada daun.

2

Harga pokok Monstera boleh mencecah sehingga ribuan ringgit.

"Caladium adalah toksik apabila tertelan. Paling berisiko ialah kanak-kanak dan haiwan peliharaan terutamanya kucing dan anjing.

"Sila jauhkan dari dicapai kanak-kanak dan haiwan jika anda mempunyai caladium di rumah," demikian menurut laman tersebut.

Menurut PHM, mereka yang mempunyai kulit sensitif boleh terjejas hanya dengan bersentuhan fizikal dengan tumbuhan.

Mulut hendaklah dibasuh dengan kain basah, tangan dan mata orang yang cedera juga mesti dibasuh jika bahagian badan ini terkena racun.

PUBLIC HEALTH MALAYSIA

"Mengunyah atau menggigit tumbuhan ini akan membebaskan kristal beracun, menyebabkan kemerahan dan sakit mata, kerengsaan mulut dan rongga mulut dan pembengkakan saluran pernafasan atas menyebabkan sukar untuk bernafas," tulisnya.

Menerusi perkongsian tersebut juga, PHM turut berkongsi beberapa petua jika seseorang telah mengunyah atau termakan caladium secara tidak sengaja.

"Mulut hendaklah dibasuh dengan kain basah, tangan dan mata orang yang cedera juga mesti dibasuh jika bahagian badan ini terkena racun.

3

Pokok keladi kini menjadi kegilaan ramai.

"Susu boleh diberikan untuk melegakan kesakitan sementara. Jika seseorang tidak sedarkan diri atau tidak boleh menelan, mereka tidak boleh diberikan apa-apa melalui mulut.

"Dan akhir sekali dapatkan pemeriksaan secepat mungkin," tulisnya lagi.

Sehingga kini berkongsian tersebut meraih lebih daripada 3,000 shares di Facebook.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain