suria

Budak baru 3 tahun dah lasak, langsung tak takut air... tapi ada perangainya tiap pagi buatkan si ibu nak marah pun tak jadi

KANAK-kanak serta golongan muda pada masa kini dilihat lebih gemar bermain permainan sama ada melalui telefon pintar ataupun komputer.

Walau ada kelihatan anak-anak bermain bersama di taman atau kawasan perumahan seperti suatu ketika dahulu tetapi obses kepada permainan menerusi telefon adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan.

ARTIKEL BERKAITAN : Ibu hiba tengok anak merajuk ‘nak abah’! Tunggu bapa pulang cari rezeki di laut, tertidur di kusyen sampai esok - “Semua tak sayang baby”

ARTIKEL BERKAITAN : Pramugara 2 tahun tak balik ‘over confident’ tenang jumpa keluarga, realitinya baru nampak muka mak dah berjurai air mata... adik buat ‘drama’ bertambah sedih

Justeru itu apabila Nasuha Abdul Talib, 30 berkongsi video anaknya, Mohammad Amsyar Ariqin berkubang dalam lopak, ramai yang terkenangkan pengalaman mereka suatu ketika dahulu.

"Teringat masa zaman kanak-kanakku dulu, hidup tanpa gajet tapi bahagia," tulis salah seorang warga maya.

Bercakap kepada mStar, Nasuha yang mesa disapa Suha berkata, video itu dirakam pada bulan Julai tahun lepas, iaitu ketika melawat tapak rumah mereka yang sedang dibina.

Katanya, dia pada mulanya melarang anaknya bermain benda kotor, namun larangannya itu tidak diendahkan anaknya yang teruja untuk cuba memijak lopak air.

"Kebetulan masa tu baru lepas hujan, saya ralit bersembang dengan suami, tak perasan yang dia dah main di lopak air tu, awalnya dah larang tapi biasa la, lagi larang lagi dia nak cuba.

"Kawasan tu memang tak kotor, maksud saya cuma lopak air dengan tanah yang ditambak dekat tapak rumah tu je.

"Bila tengok baju dia dah kotor, saya terus biarkan dia main puas-puas," selorohnya.

Suha yang menerap di Baling, Kedah, bagaimanapun tidak dapat menahan perasaan menyesal apabila terpaksa membersihkan anaknya itu.

"Setengah jam juga la mandi sabun, baju tu saya dah cuci tapi masih nampak kotor walaupun dah jenuh memberus.

"Agak menyesal juga la, sebab masa tu saya tengah sarat mengandung, memang penatlah. Lepas tu kalau dia nak pergi situ lagi saya tak berani bawa dah," ujar suri rumah itu.



Suha bersama keluarga kecilnya.

Menurut Suha, anaknya seorang kanak-kanak yang lasak serta gemar melakukan aktiviti outdoor.

"Sebelum ni kami selalu bagi dia telefon sebab ye la tu je cara nak bagi dia duduk kejap, tapi lama-lama dia suka jadi tantrum. Cuma bila pegang telefon, dia buat tak tahu je bila dipanggil sampaikan nak makan susah, mandi susah, nak buat apa pun jenuh suruh.

"Kadang bila handphone hang atau wifi slow dia mula la nak hempas telefon tu memberontak, jadi sebab tu ayah dia terus tak nak bagi, kami beri pada waktu tertentu sahaja itupun kami off data, dia cuma boleh main puzzle, sebulan dalam tiga atau empat kali sahaja.

"Tapi dia memang suka main pasir, tanah, kadang dia sendiri angkut air nak bagi tempat tu jadi lecah, tapi kalau dekat kawasan rumah memang saya tak biarkan terutama sekali selepas hujan, tapi kadang-kadang terlepas juga," katanya.



Amsyar gemar melakukan aktiviti outdoor.

Amsyar juga seorang kanak-kanak yang berani untuk mencuba sebarang jenis permainan.

"Banyak benda yang dia mampu buat yang sebenarnya tak sepadan dengan umur dia, macam dia boleh kayuh basikal tanpa roda tambahan walaupun dia baru tiga tahun.

"Dia memang langsung tak takut air, dia boleh selam kepala, imbang badan dalam air walaupun air tu paras leher dia boleh mandi, tapi kami tetap akan pantau," katanya.

Namun, menurut Suha, anaknya itu sebenarnya mengalami masalah pelat.

"Dia sebenarnya ada masalah tongue tie (lidah pendek) yang menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk bercakap seperti kanak-kanak lain.

"Dia sepatutnya operate bulan 10 lalu tapi kena hold sebab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), tapi bila lama-lama sekarang dia dah boleh bercakap, walaupun kadang-kadang ada part yang orang tak faham," katanya.

Malah katanya, anak sulungnya itu kini semakin hebat dalam memberi pelbagai alasan yang membuatkan dia kadangkala geli hati.

"Sekarang dia dah pandai menjawab, pagi-pagi nak kejut pergi sekolah macam-macam alasan dia bagi... demam la, cikgu cuti la, sekolah tutup la.

"Akal dia menjawab tu banyak, kadang-kadang saya nak marah pun tak jadi," katanya.



Amsyar juga sangat penyayang terhadap adiknya.

Menurut Suha, disebalik 'kenakalan' anaknya itu, Amsyar bagaimanapun seorang kanak-kanak yang sangat penyayang.

"Dia caring dekat adik dia, dulu masa baby baru keluar dia suruh baby masuk balik dalam perut, dia tak nak baby.

"Bila dah lama-lama dia dah okay, saya selalu cakap tu adik dia, jadi dia kena sayang.

"Kadang bila dia geram dia kacau juga adik dia, dia suka picit hidung adik dia," katanya sambil menambah anak keduanya itu baru berusia lima bulan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain