suria

Mari, mari sayur free... nak beli pun boleh! Tanah terbiar jadi kebun sayur selepas penduduk taman perumahan rancak bercucuk tanam

Tanah terbiar dimanfaatkan untuk aktiviti menanam sayur-sayuran.

BERBUDI kepada tanah tak akan rugi.

Sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pemuda mengenai kebun sayur sayuran di taman perumahannya membuatkan ramai netizen terinpsirasi dengan perkongsian tersebut.

Berkongsi cerita dengan mStar, Azam Amiri Mohd Raffi berkata, kebun sayur tersebut diusahakan oleh komuniti penduduk Taman Sri Periuk, Chabang Empat, Tumpat, Kelantan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami tak jual, siapa nak boleh ambil” - Selepas tanam sayur di laman rumah untuk sedekah, 2 jejaka bujang tak sangka dapat permintaan lain

ARTIKEL BERKAITAN: “Berbudi kepada tanah takkan rugi” - Pereka grafik wanita ini rela tinggalkan kehidupan kota, balik Teluk Intan jadi petani

"Kebun sayur sayuran tersebut diusahakan oleh penduduk di taman perumahan tempat tinggal ibu bapa saya. Kebetulan saya pulang ke sana baru-baru ini, saya sempat membuat rakaman video dan kongsikan di TikTok.

"Ia dinamakan Projek Tanaman Bandar. Projek ini inisiatif wakil rakyat kawasan Tumpat iaitu Datuk Che Abdullah Mat Nawi ketika beliau menjadi timbalan menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum ini.

"Menurut bapa saya yang juga ketua penduduk serta imam masjid taman perumahan, Mohd Raffi Yusoff , pada mulanya sayur sayuran ditanam menggunakan kaedah biasa di tanah terbiar bersebelahan kawasan masjid. Tapi hasil inisiatif wakil rakyat dan kementeriannya ketika itu, projek dinaik taraf guna kaedah hidroponik," kata pemuda berusia 23 tahun ini.

sayur 4

Azam membuat perkongsian mengenai Projek Tanaman Bandar di kawasan taman perumahan ibu bapanya.

Menurut Azam, pada mulanya penduduk kampung hanya menanam sayur sayuran sebagai mengisi masa lapang selain memanfaatkan tanah terbiar ketika negara sedang melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

"Kalau ikutkan, penduduk kawasan taman ni memang aktif. Tanah kosong tepi masjid tu mereka bercucuk tanam. Dan disebabkan komuniti di sini aktif maka ia dipilih untuk dilaksana projek tanaman bandar.

sayur 3

Salad merupakan salah satu jenis sayur-sayuran yang ditanam.

"Penduduk dibimbing mengenai kaedah pertanian moden selain dibekalkan dengan barangan pertanian pada peringkat awal. Dan kemudian dah ada jadual penggiliran dalam kalangan penduduk untuk memantau kebun," ujarnya lagi.

Menurut Azam yang merupakan seorang konsultan kewangan, terdapat lebih daripada 10 jenis sayuran sayuran yang ditanam secara bergilir antaranya salad, sawi, kangkung dan lain-lain.

Disebabkan komuniti di sini aktif maka ia dipilih untuk dilaksana projek tanaman bandar.

AZAM AMIRI MOHD RAFFI

"Hasil tuaian sayur sayuran tu akan diagihkan satu taman perumahan. Sayur akan diletakkan dekat masjid supaya penduduk boleh ambil hasil tuaian. Ada juga yang dijual dan hasilnya akan digunakan untuk rolling beli benih, baja dan sebagainya," katanya lagi.

Tidak menyangka perkongsian yang dibuat secara suka-suka itu menjadi tular, Azam berkata dia gembira kerana secara tidak langsung dapat memberi mesej positif kepada orang lain agar sama-sama berbudi kepada tanah.

sayur 1

Penduduk taman perumahan menjaga kebun sayur-sayuran secara bergilir.

"Bila baca komen, ramai yang berminat nak berkebun guna kaedah hidroponik sebab ada yang tinggal di bandar dan mempunyai kawasan yang terhad, tapi tapi tak tahu nak mula dari mana.

"Saya tak sangka ramai pula terinpirasi. Apa pun, memang takkan rugi berbudi dengan tanah. Manfaatkan walau keluasannya kecil," ujarnya lagi.

Sehingga kini perkongsian video Azam di TikTok meraih lebih 110,000 jumlah tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain