suria

Bergelut sesak nafas 5 jam sambil bayi meronta dalam perut! Wanita hamil 7 bulan positif Covid-19 walau 2 swab test tunjuk keputusan negatif

Syida menganggap pengalaman itu sebagai peluang kedua untuknya menjalani kehidupan.

BAGAI diberi peluang kedua untuk hidup!

Begitulah kata-kata wanita ini ketika mengimbas kisah dia dijangkiti Covid-19 ketika sedang hamil tujuh bulan pada penghujung Mac lalu.

Menurut Noor Hasyida Abdul Halim, 36, pengalaman itu cukup memberi kesan buatnya, namun dia bersyukur apabila diberi kesembuhan dan dapat kembali menjalani kehidupan normal.

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang sekelip mata! Empat beradik bagai ‘tiada ekspresi’ Covid-19 ragut nyawa ibu, bapa, nenek dalam masa 2 minggu - “Bila tanya, mereka menangis”

ARTIKEL BERKAITAN: Menangis berdua dengan ibu... anak tunggal sebak kenang pemergian bapa akibat Covid-19, tiada lagi teman bergaduh manja

"Saya kena Covid-19 ketika hamil tujuh bulan, berjangkit dengan suami saya yang bekerja di sebuah kilang. Masa tu suami saya dah dibawa ke tempat kuarantin.

"Saya pula mengalami hilang deria rasa dan deria bau, tapi dua kali swab test menunjukkan saya negatif Covid-19.

"Swab test kali ketiga baru saya dapat tahu positif Covid-19. Saya masih ingat pada satu malam, saya sesak nafas bermula 1 pagi sehingga ke pukul 6 pagi.

"Memang struggle. Baby dalam perut macam memberontak sebab tak dapat oksigen. Sekejap saya baring, sekejap meniarap," dia bercerita kepada kepada mStar.

Mesra disapa Syida, dia kemudiannya dimasukkan ke Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang dan terpaksa menjalani rawatan selama lima hari.

syida2

Syida dijangkiti Covid-19 pada Mac lalu.

Imbas wanita itu lagi, tiada apa yang dapat difikirkan ketika itu selain soal keselamatan dan nyawa dia serta bayi dalam kandungannya.

"Saya takut kerana dapat tahu kena Covid-19 ketika sedang hamil. Rasa macam dah tak ada harapan. Perasaan ketika itu memang takut.

"Saya terfikir, boleh ke baby dalam perut survive? Saya juga fikir adakah saya dan baby akan selamat? Memang menangis sebab risau pada waktu itu. Sampai hilang selera makan," ujarnya lagi.

Namun kata Syida, dia beryukur apabila dibenarkan discaj dan dapat kembali di rumah untuk bersama dengan keluarga.

Rasa macam Allah bagi peluang untuk hidup buat kali yang kedua.

SYIDA

Ujarnya, pengalaman singkat tapi menakutkan itu dianggap sebagai peluang kedua untuknya menjalani kehidupan dan berharap ia tak berulang pada masa akan datang.

"Rasa macam Allah bagi peluang kedua untuk hidup. Saya ingat lagi ketika sesak nafas, saya fikir dah sampai masa untuk saya pergi.

"Tapi Allah bagi peluang. Selepas discaj, saya masih lagi sesak nafas, tapi ia boleh dikawal dan tidak teruk," ujarnya yang menetap di Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

Menurut suri rumah yang sedang dalam proses untuk bergelar usahawan produk kecantikan itu, dia bersyukur apabila bayi perempuan yang dilahirkannya pada 11 Jun lalu tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan.

syida3

Syida bersyukur anaknya dilahirkan dengan selamat.

Tambah Syida, anak keduanya itu kini sudah berusia tiga bulan dengan berat sekitar enam kilogram.

Kisah Syida mendapat perhatian selepas dia berkongsi mengenai pengalamannya menerusi direct mesage (DM) di Instagram rasmi mStar.

Dia kemudiannya ditemubual pada Rabu untuk berkongsi kisahnya, di samping memberi peringatan kepada individu di luar sana agar terus menjaga diri dalam era pandemik ini.

"Pesanan saya, kalau tiada hal mustahak, tak perlu keluar. Jaga diri dan jaga makan juga. Banyakkan berdoa kepada Allah agar dijauhkan daripada penyakit," ujarnya yang turut mempunyai empat orang anak tiri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain