suria

Wanita cemas bangun tidur mulut senget, mata dan hidung tak bergerak... rupa-rupanya hidap Bell's Palsy - “Sehari telan 17 biji ubat, tercekik rasanya”

Alyn berkongsi kisahnya menghidap Bell's Palsy menerusi TikTok.

BAGAIKAN igauan ngeri apabila mendapati wajah yang sebelum ini normal, menjadi senget sebelah secara tiba-tiba.

Itulah detik yang tidak akan dilupakan oleh wanita ini selepas mengesan keadaan pelik yang berlaku pada wajahnya sebaik bangun daripada tidur, Jumaat lalu.

Berkongsi cerita dengan mStar, Alyn Basri berkata, sudah menjadi rutinnya untuk memeriksa keadaan gigi setiap pagi lebih-lebih lagi selepas menjalani pemeriksaan bulanan dan menukar getah pendakap gigi.

ARTIKEL BERKAITAN: Faye Kusairi alami lumpuh sebelah muka, ketahui apa itu penyakit Bell Palsy... boleh sembuh ke?

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau palsu, saya tak akan upload gambar senyum nampak braces” - Gadis tak sangka, ramai gigih zoom pendakap gigi ‘tak center’... komen tanpa ilmu!

"Bangun pagi 10 September tu tak syak apa-apa lagi. Kemudian perasan 'eh kenapa mulut senget?'. Tak perasan lagi masa tu mulut, hidung semua pun memang tak gerak.

"Perasan bahagian mulut je... saya syak mungkin sebab baru tukar getah kot. Belek cermin lama-lama baru perasan mata hidung semua tak gerak. Terus cuak dah masa tu.

"Saya ajak kawan teman pergi klinik berdekatan. Doktor check semua, lepas tu dia syak saya diserang Bell's Palsy," cerita wanita berusia 25 tahun ini.

Bell's Palsy adalah satu keadaan yang menyebabkan satu sisi muka seseorang menjadi lemah, yang mana ia boleh berlaku apabila salah satu daripada saraf yang mengawal otot-otot di muka menjadi rosak atau berhenti berfungsi.

Bercerita lebih lanjut, Alyn berkata doktor di klinik berkenaan terus membuat surat untuk merujuk kesnya ke hospital.

"Reaksi saya bila doktor sah beritahu saya hidap Bell's Palsy, macam nak nangis jugalah... kemudian saya tanya 'boleh sembuh kan?'. Doktor mesti akan cakap boleh sembuh.

bells palsy 1

Wajah Alyn sebelum diserang Bell's Palsy.

"Doktor tanya juga dah kahwin ke sebab selalunya Bell's Palsy serang wanita hamil tapi masih boleh je serang orang lain di usia-usia lain.

"Di hospital juga saya buat ujian air kencing dan ujian calitan (swab test).

"Doktor bagi surat untuk temujanji berikutnya dan beri ubat... kemudian terus balik. Sehari sampai 17 biji nak kena telan, Allahu tercekik rasa," katanya yang merupakan seorang operator kilang dan menetap di Kulim, Kedah.

Hampir seminggu sejak hari pertama diserang penyakit tersebut, Alyn mengakui dia bukan sahaja menghadapi kesukaran untuk makan, minum, bercakap atau apa sahaja yang melibatkan pergerakan wajah, malah turut berperang dengan emosi.

bells palsy 2

Alyn pergi ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke hospital.

"Makan belah kiri susah nak kunyah dan minum memang tak boleh pakai straw sebab tak boleh sedut. Banyak kali juga minum air sampai tersedak, meleleh keluar balik.

"Kalau tidur pun sebelah mata takkan rapat. Kalau ketawa paling jelas, walaupun pakai mask sebab mata sebelah akan terbuka.

"Susah sebenarnya saya cuba nak bina semangat. Tiga empat hari ni nangis juga la hari-hari lepas balik kerja

"Sampai semalam masa terniat nak edit video tu pun masih menangis tapi saya buat video tu sebagai salah satu cara nak lepaskan sedih tu sikit dari tak buat apa-apa," ujar anak sulung daripada lima adik beradik ini.

Susah sebenarnya saya cuba nak bina semangat. Tiga empat hari ni nangis jugalah hari-hari lepas balik kerja.

ALYN BASRI

Menurut Alyn, dia sama sekali tidak menyangka niatnya membuat perkongsian video untuk melepaskan rasa sedih dan 'down' akhirnya mengundang perhatian ramai.

"Mula-mula macam tak tahu sangat pasal Bell's Palsy dan tak tahu tahap keseriusannya sebab dekat Google tulis ada risiko untuk kekal, itu yang jadi 'down' teramat.

"Bila tahu ramai pernah kena dan harapan untuk sembuh tu ada, semangat naik balik. Ramai bagi petua cadang buat akupuntur, bekam dan lain-lain. Saya terfikir nak cuba ikhtiar lain juga jika rawatan hospital tak berkesan

bells palsy 3

Ubat-ubatan yang dibekalkan hospital kepada Alyn.

"Mesej saya, jika satu hari kita rasa 'down' tentang sesuatu, tolong jangan pendam... luah saja dengan apa cara sekali pun jadi kita boleh kurangkan sikit beban di hati.

"Dan dalam kita tak sedar ramai sebenarnya orang luar yang prihatin pasal kita dan faham apa kita rasa," ujarnya lagi.

Sehingga kini perkongsian video Alyn di TikTok mengenai pengalamannya menghidap Bell's Palsy meraih lebih daripada 107,000 jumlah tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain