suria

Pengantin ‘gabra’ jam bunyi pukul 3! Buka kotak hadiah, ada juga minuman tenaga, stoking bayi - “Kalau niat nak prank, rancangan anda tak berjaya”

Foto kiri Helmi berkahwin pada Jumaat lalu, foto kanan hadiah jam loceng yang diterima Helmi.

SEPASANG pengantin baharu tidak menyangka menerima kejutan pada hari pernikahan mereka, gara-gara bunyi jam loceng.

Kejutan pada tepat pukul 3 petang itu datangnya daripada sebuah bungkusan hadiah pemberian individu misteri kepada pengantin.

Bunyi bingit yang tidak berhenti itu membuatkan pasangan suami isteri itu terpaksa membuka segera bungkusan itu yang merupakan hadiah berupa jam loceng dan beberapa barang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: PKP punya hal, tiada apa yang mustahil! Tetamu terkejut, pengantin datang bawa anak kembar ketika majlis kahwin mereka

ARTIKEL BERKAITAN: Masuk PPV nak cucuk vaksin, pengantin terkejut ada 'majlis' kahwin dirancang... siap ada show silat, kompang - "Nasib baik kami nikah betul-betul"

Pengantin lelaki, Mohammad Helmi Basri berkata, dia dan isterinya bernikah pada Jumaat lalu selepas berkenalan selama hampir setahun.

Pemuda berusia 30 tahun itu memberitahu, ketika kejadian mereka sedang sibuk membuat persiapan untuk sesi fotografi perkahwinan di sebelah petang.

"Masa tu kami di bilik tiba-tiba dengar bunyi jam pukul 3 petang. Disebabkan bunyi jam yang kuat, jadi dah boleh agak dari kotak yang mana.

"Sebelum tu ada kawan-kawan datang ke rumah dan tinggalkan hadiah. Tapi tak tahu siapa pengirim kerana tiada ucapan atau nama yang disertakan,” katanya kepada mStar.

hadiah pengantin 4

Sesi fotografi selepas akad nikah.

Selain jam loceng, Helmi berkata, hadiah yang diterima di dalam kotak tersebut adalah sepasang stoking bayi, satu minuman bertenaga untuk lelaki dan satu minuman untuk menguatkan tenaga batin wanita.

"Saya tanya dalam grup WhatsApp kawan-kawan siapa pemberi hadiah tu. Tapi tak ada seorang pun yang memberi respons.

"Tak tahu siapa individu misteri tu, tapi apa yang pasti individu berkenaan hendak mengenakan saya (prank) kerana set alarm pada pukul 3.

"Berdasarkan hadiah-hadiah yang saya dan isteri terima, dia mungkin nak set pukul 3 pagi waktu kami tidur tapi jam berbunyi 3 petang," ujarnya yang berasal dari Jempol, Negeri Sembilan.

hadiah pengantin 2

Sepasang stoking bayi turut diterima dalam bungkusan hadiah sama.

Menurut pemuda itu, walaupun tiada petunjuk mengenai identiti pemberi, dia percaya hadiah-hadiah yang diterima itu mempunyai kaitan dengan hubungan intim.

"Kalau jam berbunyi pukul 3 pagi, kami dah tidur kepenatan. Lebih-lebih lagi saya yang tak cukup tidur pagi sebelum nikah sebab nervous nak akad nikah.

"Dekat pukul 5 pagi baru saya sempat tidur dua jam. Kalau jam tu betul-betul berbunyi pukul 3 pagi, pasti akan ambil masa cari, teraba-raba dalam gelap," katanya.

Kalau jam berbunyi pukul 3 pagi, kami dah tidur kepenatan. Lebih-lebih lagi saya yang tak cukup tidur pagi sebelum nikah sebab nervous nak akad nikah

MOHAMMAD HELMI BASRI

Helmi menyifatkan stoking bayi yang turut terkandung dalam bungkusan hadiah itu sebagai satu doa untuk dia dan isterinya yang berusia 22 tahun segera dikurniakan zuriat.

"Saya anggap ia sebagai satu doa untuk dipercepatkan zuriat. Apatah lagi umur saya dah 30 tahun baru nak kahwin," tambahnya.

hadiah pengantin 3

Helmi dan isteri bersedia untuk dikurniakan zuriat.

Walau bagaimanapun, kata Helmi, dia dan isteri tiada perancangan untuk menetapkan berapa jumlah dan jantina anak yang dingini mereka.

"Tak ada bincang berapa. Cepat atau lambat, itu terpulang pada rezeki yang dikurniakan kepada kami. Tapi kami bersedia sama ada cepat atau lambat.

"Kepada pemberi hadiah, terima kasih atas kiriman anda. Kalau ada niat nak prank saya dan isteri pukul 3 pagi, saya minta maaf rancangan anda tidak berjaya.

"Terima kasih kerana menghiburkan kami. Sebelum ini ingat kawan-kawan yang baru kahwin je kena prank, rupa-rupanya saya pun terkena," ujarnya secara berseloroh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain