suria

Suami isteri ‘sekepala’ banyak hasilkan deko DIY cantik-cantik, tapi ‘mata tajam’ netizen lebih nampak gobok lauk popular zaman dulu

Pasangan suami isteri ini begitu kreatif menghasilkan gobok lauk daripada rak buku.

RATA-RATA orang kampung pasti mempunyai gobok (almari) lauk di dapur rumah masing-masing untuk menyimpan makanan.

Seiring dengan peredaran zaman, berkemungkinan sudah tidak ramai yang masih menggunakan gobok lauk ketika ini atau mungkin juga tidak ramai yang pernah kenal dengan 'perabot' antik ini.

Namun perkongsian seorang wanita di TikTok mengenai gobok kayu yang direka hasil kreativitinya dengan suami, seakan-akan mengimbau kembali zaman dulu-dulu.

Berkongsi cerita dengan mStar, Emi Erdayu Jasmi berkata dia dan suami, Mohd Faizal Abd Rahman sememangnya 'sekepala' kerana berkongsi minat yang sama iaitu menghias dan bertukang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tandas raya DIY siap dengan kos hanya RM300, tapi disebabkan netizen, wanita ini terpaksa pergi semula kedai hardware di rumahnya

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘dulu pegang pen’ buat isteri teruja... bertukang pondok idaman di kebun, hasilnya boleh ‘feeling-feling’ bercuti di homestay

"Kami suami isteri memang suka buat projek DIY (Do-It-Yourself) untuk deko rumah dari dulu lagi. Sebelum buat gobok lauk ni, kami dah DIY macam-macam.

"Antaranya kabinet dapur, tempat letak magnet peti ais, make-over tudung saji, 'side table', meja bar dan macam-macam lagi. Boleh dikatakan 100 peratus dekorasi dalam rumah ini adalah idea kami.

"Saya bahagian idea manakala suami pula orang yang melaksanakan. Saya banyak rujuk laman-laman deko seperti Pinterest dan lain-lain. Dari situ dapat idea.

"Nak ikut dekorasi sama macam dalam Pinterest atau laman-laman deko memang agak tinggi kosnya, jadi kami lebih kepada melakukan inovasi.

"Contohnya gobok lauk ni... asalnya ia adalah rak buku tiga tingkat yang kami beli di pasar raya. Tapi kami spray warna putih, buatkan pemegang dan letak aluminium foam di dalamnya," kata ibu kepada empat orang cahaya mata ini.

GOBOK LAUK 1

Gobok lauk yang diinovasikan daripada rak buku.

Sehingga kini video berkenaan meraih lebih daripada 47,000 jumlah tontonan di TikTok.

Menurutnya yang senang disapa sebagai Emi, proses untuk menghasilkan gobok lauk itu hanya mengambil masa kurang dari sehari.

"Tak ambil masa lama pun kerana prosesnya sangat mudah. Mungkin kalau bertukang sendiri, ia agak ambil masa. Tapi gobok ini adalah rak buku yang diubahsuai sahaja.

LETAK BAWANG DAN SIDE TABLE

Side-table (kiri) dan tempat menyimpan bawang daripada raga basikal (kanan) merupakan antara hasil DIY Emi dan suami.

"Saya kongsikan perinciannya di Facebook sebagai panduan untuk memudahkan followers. Bagi saya, adanya gobok lauk ni buatkan meja makan kelihatan kemas... tidak perlu ada lauk atau tudung saji selalu sebaliknya kita simpan dalam gobok.

"Saya tak sengaja pun nak share pasal gobok ni... saya buat video lain pasal deko di dapur, tapi ada followers yang perasan dan tanya 'itu gobok lauk ke?'. Selepas itu baru saya share. Tak sangka ramai DM nak order.

Bukan hanya DIY atau deko, kami pun bercucuk tanam dekat tanah depan rumah ni. Memang kebanyakan masa kami sekeluarga di rumah saja.

EMI ERDAYU JASMI

"Tapi saya rasa lebih baik saya kongsi perinciannya di Facebook seperti beli di mana, harga dan step nak DIY. Lagipun kami suami isteri bekerja, tidak cukup masa rasanya kalau nak ambil tempahan," katanya yang menetap di Kuala Kangsar, Perak.

Bercerita lebih lanjut, Emi berkata gobok lauk tersebut dihasilkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Jun lalu memandangkan dia dan suami mempunyai banyak masa yang terluang.

TUDUNG SAJI

Pasangan ini begitu kreatif melakukan makeover pada tudung saji.

"Minat deko atau DIY ni dah lama, cuma masa PKP lebih banyak masa. Suami selalu tanya 'ada apa-apa projek baru tak?' sebab nak isi masa terluang.

"Bukan hanya DIY atau deko, kami pun bercucuk tanam dekat tanah depan rumah ni. Memang kebanyakan masa kami sekeluarga di rumah saja. Sebelum PKP pun, suami memang suka beraktiviti sekitar rumah. Itulah cara kami nak kukuhkan bonding dan release tension.

MAKTAM FAMILY

Emi dan suami gemar melakukan aktiviti di rumah bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.

"Tak sangka pula perkongsian ni viral. Cuma saya nak tekankan, pasangan yang baru berkahwin ni usah risau. Kadang-kadang mereka pening kepala bila bab masuk rumah.

"Tak perlu sediakan wang yang banyak pun. Banyak perkara kita boleh DIY dan ikut kreativiti seiring dengan bajet sendiri," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita kongsi detik lucu masalah bau di rumah