suria

PKP punya hal, tiada apa yang mustahil! Tetamu terkejut, pengantin datang bawa anak kembar ketika majlis kahwin mereka

Foto kanan menunjukkan Nureen (kanan) dan suami bersama dua anak kembar pada majlis persandingan mereka, Januari 2021.

MEDIA sosial kecoh dengan perkongsian video menerusi aplikasi TikTok pada Ahad, menunjukkan sepasang pengantin mengadakan majlis perkahwinan di sebuah dewan,.

Turut menimbulkan tanda-tanya apabila video yang meraih sejuta tontonan kurang dari 24 jam itu menyaksikan pengantin berkenaan bersanding bersama anak kembar di pelamin.

Pengantin perempuan, Nureen Maimah Mahyudin tampil menjelaskan bahawa video tersebut dirakamkan sewaktu majlis persandingannya di sebuah dewan di Kangar, Perlis pada 3 Januari 2021 sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara 'baby bump', wanita ini dipersoal nikah ketika hamil... ada kisah sedih terpaksa dilaluinya

ARTIKEL BERKAITAN: Perut berisi masa buat photoshoot kahwin, pengantin beri penjelasan awal sebelum kongsi video... takut kena kecam!

Wanita berusia 23 itu memberitahu, ketika itu acara sosial majlis perkahwinan dan majlis resepsi masih dibenarkan diadakan.

Dia bagaimanapun menegaskan bahawa majlis tersebut diadakan susulan pernikahan mereka awal Februari 2020 iaitu sebelum pelaksanaan PKP pertama (1.0).

"Saya dan suami akad nikah di Baling, Kedah awal Februari tahun lepas, kemudian rancang nak sanding sekali dengan adik kembar perempuan suami di Perlis, pada Mei," katanya ketika dihubungi mStar.

Nureen berkata, hasrat untuk bersanding pada Mei terpaksa ditangguhkan berikutan pelaksanaan PKP 1.0 yang diumumkan pada 18 Mac tahun lalu.

sanding dengan anak kembar 3

Majlis akikah sebelum persandingan berlangsung.

"Sebab PKP, banyak kali tangguh dan perut saya pun semakin besar kerana sarat mengandung. Jadi, kena tunggu saya bersalin dulu.

"Saya bersalin pra-matang pada Oktober dan habis berpantang baru boleh buat kenduri. Jadi, tarikh baru kami sanding pada awal Januari lalu," ujarnya sambil menambah adik kembar suaminya melangsungkan pernikahan serba ringkas terlebih dahulu pada Ogos 2020.

sanding dengan anak kembar 5

Majlis pernikahan pada Februari 2020.

Ketika majlis persandingan dibuat, Nureen yang berasal dari Baling memberitahu, kedua-dua anak kembarnya ketika itu baru berusia tiga bulan.

"Pagi tu kami buat majlis akikah dengan bacaan doa selamat, majlis sanding dibuat tengah hari. Dari pengantin berempat di pelamin, bertambah dua lagi iaitu anak kembar kami.

"Alhamdulillah, kedua-dua anak saya tidak meragam sepanjang majlis. Bila ada dua anak serentak, lebih adil untuk kami berdua dukung ke sana sini dalam dewan," tambahnya.

sanding dengan anak kembar 1

Nureen (kiri) dan suami (dua, kiri) bersama keluarga serta satu lagi pasangan pengantin.

Menurut suri rumah itu, bukan semua tetamu yang dijemput mengetahui dia dan suami telah bernikah hampir setahun lebih awal dan dikurniakan anak pasangan kembar.

"Lebih-lebih lagi kami nikah di sebelah keluarga pengantin perempuan di Kedah, sanding pula di sebelah keluarga suami di Perlis. Ada yang terkejut dan bertanya eh dah ada anak? Dah mengandung, cepatnya.

Ada yang terkejut dan bertanya eh dah ada anak? Dah mengandung, cepatnya.

NUREEN MAIMAH MAHYUDIN

"Masa saya pregnant dan bersalin pun suami tak heboh, saya pula hanya kongsi dengan kawan-kawan di media sosial. Yang follow saya saja yang tahu," katanya sambil menambah suaminya berusia 26 tahun merupakan pegawai bank.

Nureen berkata, majlis persandingan itu begitu istimewa kerana ia dikongsi bersama anak kembar mereka, Muhammad Uwais Areeq dan Muhammad Uwais Aryan yang kini berusia 11 bulan.

sanding dengan anak kembar 4

Nureen (kanan) dan suami bersama dua anak mereka.

"Kebanyakan netizen kata selepas ini tak timbul isu anak tak 'dijemput' sekali dalam majlis kahwin mak ayah. Dan saya tahu ramai pengantin yang terpaksa bernikah dahulu disebabkan PKP, tapi pada masa sama masing-masing dah booking dan buat payment untuk majlis.

"Bagi saya, tak salah pun nak teruskan majlis jika diberikan kelonggaran daripada kerajaan. Masa tu tak kisahlah tengah pregnant atau ada anak, kerana apa yang penting momen istimewa untuk diri sendiri dan pasangan juga bersama anak-anak," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Kes Covid-19 dijangka meningkat - KJ