suria

Tiada apa nak dimalukan! Pelukis pelan berhenti kerja dari syarikat arkitek, kini gembira pandu lori - “Mereka kata muka saya tak sesuai kerja ni”

Berbekalkan wang simpanan sebagai pemandu lori roti, Syahmi juga berjaya membeli sebuah rumah pada tahun lepas.

JANGAN pernah malu dengan pilihan hidup kita.

Demikian kata Muhammad Nur Syahmi Abd Rahaman, bekas pelukis pelan seni bina yang kini bekerja sebagai pemandu lori roti.

Menurut jejaka berusia 26 tahun yang mesra disapa Syahmi itu, dia pernah mengikuti pengajian di sebuah kolej sehingga menerima sijil untuk bekerja dalam bidang itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu 4 anak confident bawa bas seluruh pelusuk negara, tak kisah orang perkecil kemampuan diri

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita yang sempurna pun kadang-kadang tak reti jaga customer” - Pemuda tersentuh lihat usaha pemandu Grab OKU, terfikir nasib anak-anaknya...

Malah, Syahmi berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan cemerlang 3.93 sebelum diterima bekerja dengan sebuah syarikat tempat dia menjalani latihan industri.

"Saya praktikal di syarikat itu dan terus kerja dengan mereka selama setahun. Masa praktikal, mereka latih saya macam dah kerja lama.

"Pada waktu itu saya umur 21 atau 22 tahun. Namun saya kena uruskan projek untuk renovate sebuah rumah, saya pergi site untuk ukur sehinggalah submit plan.

"Selepas itu saya berhenti kerja. Saya apply beberapa syarikat lain, tapi mereka tak percaya pengalaman kerja saya, mereka kata saya terlalu muda. Sejak itu saya mula down, " imbasnya.

Bercerita lanjut kepada mStar, Syahmi mengakui dia hampir berputus asa dan menganggur selama beberapa bulan selepas kejadian itu.

syahmi2

Syahmi bersama ibu bapanya.

Dia kemudiannya mula bekerja di kedai serbaneka 7 Eleven sebelum menngubah haluan kerjaya sebagai pemandu lori roti, sejak tiga tahun lalu.

Dengan kerjaya bawa lori roti, saya boleh beli rumah pada tahun 2020.

SYAHMI

"Masa saya kerja di 7 Eleven, saya ada kenal dengan pemandu yang datang hantar roti. Dari situ saya tanya mereka.

"Memang ada saudara mara yang pelik. Dulu kerja syarikat arkitek, bila dapat tahu saya bawa lori, mereka kata kerja itu tak sesuai dengan muka saya.

"Pada mulanya ada rasa terkilan sikit, ada juga rasa malu. Tapi Alhamdulilah sekarang saya dah tak segan, " ujarnya yang menetap di Johor.

Berbekalkan wang simpanan sebagai pemandu lori roti, Syahmi juga berjaya membeli sebuah rumah dan kini sedang menunggu proses untuk berpindah sahaja.

syahmi5

Syahmi gembira dengan kerjaya yang diceburinya itu.

Kata Syahmi, dia sekadar berkongsi kisah hidupnya untuk memberi mesej kepada anak muda agar sentiasa bangga dengan apa jua bidang diceburi mereka.

"Dengan kerjaya bawa lori roti, saya boleh beli rumah pada tahun 2020. Sekarang tinggal proses serah kunci, lambat sikit kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Pada pandangan saya, kita jangan pandang kerja orang, apa yang kita lalui tak sama dengan orang lain.

"Rezeki masing-masing. Jujurnya saya tak sangka dapat beli rumah pada umur muda, " ujarnya lagi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Imbas Syahmi, ibu bapanya juga berat hati membenarkan dia bekerja dalam bidang itu, kerana risau dengan risiko keselamatan.

syahmi3

Syahmi sudah tiga tahun bekerja sebagai pemandu lori roti.

Namun mereka akhirnya faham dan memberi restu untuk anak bongsu daripada lima beradik itu meneruskan minatnya.

Kata Syahmi lagi, dia juga banyak belajar mengenai bidang itu dengan bapa saudaranya yang juga seorang pemandu lori.

"Nasihat saya juga, tak kisah pun kerja apa. Sebenarnya seronok jadi pemandu lori roti. Kita jalan sana sini, tak duduk setempat dalam pejabat.

"Pemandu lori pun satu kerjaya, tak perlu malu. Yang penting kena usaha dan percaya pada diri, " ujarnya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain